SEJUK mata melihat gambar-gambar yang dikongsi oleh Akim Ahmad menerusi akaun Instagram peribadinya ketika dia menunaikan umrah di Tanah Suci, Mekah.
Bertuah sungguh Akim dalam usia muda sebegini diberi peluang untuk menjadi tetamu Allah di sana.
Nampaknya pencaturan Allah sememangnya indah dan lebih baik, meskipun Akim gagal ke  Anugerah Juara Lagu namun dia mendapat ganjaran tidak terhingga nikmatnya apabila terpanggil untuk menjejakkan kaki di Tanah Suci ini.
Tambah teruja, Akim mengakui menunaikan umrah bersama-sama ‘girlfriend’ kesayangan hati.
Haaa…. jangan salah faham pulak! Sebenarnya ‘kekasih’ yang dimaksudkan Akim adalah bonda tercinta.
Comel sungguh penyanyi terkenal ini bergambar bersama ibunya di hadapan Masjid Kuba.
Nampaknya, selain dapat memperbanyakkan ibadah di sana, Akim juga dapat mengeratkan silaturahum dan kasih sayang antara ibu dan bapa.
Apa pun, moga Akim dan keluarga mendapat umrah yang mabrur. – MYNEWSHUB.CC
VIDEO 15 SOALAN BERSAMA AKIM