SALAH seorang pemimpin tertinggi Al-Qaeda di Yaman, Harith Al-Nadhari mengancam untuk melakukan serangan terbaru di Perancis seperti mana yang berlaku terhadap serangan di pejabat akhbar satirikal, Charlie Hebdo, baru-baru ini.
“Adalah lebih baik anda menghentikan provokasi terhadap umat Islam kalau nak hidup kamu selamat.
“Jika anda terus melakukannya, kami tak teragak-agak untuk melakukan serangan lagi,” katanya memetik laporan AFP.
Harith turut mengakui Al-Qaeda bertanggungjawab terhadap serangan tembakan Charlie Hebdo yang mana setakat ini telah mengorbankan sebanyak 17 nyawa. – MYNEWSHUB.CC