Sunday, October 27, 2024

Creating liberating content

Suami Isteri Maut Dalam...

CAMERON HIGHLANDS: Sepasang suami isteri ditemukan meninggal dunia dalam bilik air di rumah...

Kisah Orang Kaya Curi...

ISU kenaikan harga minyak masak susulan pemansuhan subsidi dan pengapungan harga minyak masak...

Pelabur Asing Lupus RM10.9...

KUALA LUMPUR - Pelabur asing menjual sebanyak RM10.9 juta saham tempatan pada minggu...

Sri Lanka Kini ‘Negara...

COLOMBO: Krisis ekonomi terburuk di Sri Lanka sehingga menjadi muflis dijangka berlarutan sekurang-kurangnya...

Alam Flora Kutip 24,000 Tan Sampah Banjir Di Kelantan, Pahang

PUTRAJAYA – Misi pasca banjir Alam Flora Sdn Bhd di Kelantan dan Pahang berjaya mengutip 24,000 tan sampah banjir sehingga kini, kata Ketua Pegawai Eksekutifnya Mohd Zain Hassan.

Beliau berkata daripada jumlah itu, 15,000 tan sampah dikutip dari beberapa kawasan yang dilanda banjir di Kelantan, manakala selebihnya adalah di Temerloh, Jerantut, Maran dan Lipis di Pahang.

“Di Kelantan, kita lebih kepada membantu misi pembersihan agensi lain dan dengan kekuatan 350 pekerja dan 120 lori pengangkut yang mula digerakkan awal minggu lepas, Alam Flora telah mengutip sebanyak 15,000 tan sampah.

“Kita tidak tetapkan dengan sasaran tertentu, cuma kita akan cuba selesaikan kutipan sampah-sampah secepat mungkin bagi mengelakkan penularan penyakit,” katanya.

Bercakap kepada pemberita selepas memperkenalkan skuad Eco Rangers: Ejen Khas Program 3R Alam Flora di pusat komuniti kitar semula Presint 9 di sini hari ini, Mohd Zain berkata bencana banjir besar menyebabkan operasi mengutip sampah di kawasan kediaman terpaksa dilakukan banyak kali, dengan sebuah rumah mengumpul purata sampah sehingga dua tan.

Bagi negeri Pahang yang berada di bawah konsesi syarikat itu, Mohd Zain berkata pihaknya menggunakan 70 buah lori dan 250 pekerja bagi mengutip dan mengumpul sampah, dengan Temerloh yang teruk dilanda banjir sebagai tumpuan utama.


“Kita akan cuba selesaikan misi ini dalam masa sebulan,” katanya.

Sebelum ini, Menteri Kesejahteraan Bandar, Perumahan dan Kerajaan Tempatan Datuk Abdul Rahman Dahlan dilaporkan berkata 200,000 tan sampah banjir di negeri-negeri terjejas telah dikumpulkan sehingga Isnin lepas dan dijangka meningkat sehingga antara 300,000 ke 400,000 tan selepas fasa pasca banjir.

Mengenai skuad ‘Eco Rangers’, Mohd Zain berkata tugas utama ejen khas itu adalah untuk mendidik dan memberi kesedaran serta maklumat kepada orang ramai tentang kepentingan kitar semula menggunakan kaedah rondaan dari satu kawasan ke kawasan lain.

Kakitangan Alam Flora yang menaiki kenderaan khas Eco Rangers itu kemudiannya akan berhenti di lima lokasi tumpuan awam selama 45 minit pada satu-satu masa bagi mengadakan ceramah, mengedarkan risalah mengenai 3R iaitu mengurangkan, menggunakan semula dan kitar semula, katanya. – BERNAMA

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori