Friday, November 29, 2024

Creating liberating content

Peruntukan Atlet, Jurulatih Berdasarkan...

PUTRAJAYA – Setiap atlet dan jurulatih akan diberikan satu sasaran Indeks Petunjuk Prestasi...

Kejayaan Asyraf Wajdi Tanda...

KEMENANGAN Datuk Dr. Asyraf Wajdi Dusuki merebut jawatan Ketua Pemuda UMNO beri isyarat...

Sabah Komited Pastikan Pengurusan...

KOTA KINABALU - Kerajaan Sabah komited untuk memastikan penggunaan sumber hutan di negeri...

Ahli Perniagaan ‘Datuk’, Dipanggil...

KOTA KINABALU - Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) Sabah hari ini memanggil seorang...

Alyah Nafi Keluar Kenyataan Ramli MS Ada Isteri Lain

SEMALAM, industri hiburan tanah air menjadi gempar apabila penyanyi yang popular dengan lagu Kisah Hati iaitu Datin Alyah mengeluarkan kenyataan bahawa suaminya, pengarah muzik Datuk Ramli MS, telah mengahwini wanita lain secara diam-diam.

Kenyataan tersebut mula tersebar setelah ia dilaporkan oleh sebuah akhbar tempatan yang dikatakan menghubungi sendiri pemilik nama penuh Noor Hasliah Abu Hassan itu.

[WAJIB BACA INI : Teka-Teki Terjawab, Alyah Dedah Ramli MS Punya Isteri Lain]

Gambar-Alyah-menangis-1

Tup-tup… hari ini, Alyah tampil menafikan dirinya mengeluarkan kenyataan tersebut. Adakah ini kes salah lapor dari akhbar tersebut atau penyanyi itu yang buat pusingan ‘U-turn’?

Menurut Alyah, dirinya tidak pernah pernah mengeluarkan kenyataan suaminya menikahi wanita tersebut dan hanya mengucapkan tahniah kepada wanita itu kerana ‘berjaya menghancurkan rumahtangganya‘.

ramli2

Tulisnya;

Saya post pic tadi kerana saya sudah tak mampu mengawal emosi. Perempuan dalam pic tu dari saya berkawan sampai saya dah berkahwin sering menganggu hubungan saya.

“Yang saya ucapkan pada sesiapa yang menghubungi saya untuk ditemubual adalah, tahniah kepada perempuan tersebut kerana berjaya menghancurkan rumahtangga saya. Saya tak pernah keluarkan kenyataan suami saya kahwin dengan perempuan itu.


Maafkan saya kerana hari ini saya tidak dapat menahan emosi dan saya telah melakukan kesilapan yang besar. Tapi janganlah memanipulasikan cerita saya sampai semuanya jadi tidak benar.”

ramli

Bukan itu sahaja, melalui entri tersebut yang dimuatnaik di akaun Instagramnya, Alyah turut memasukkan sekeping gambar bersama Ramli MS dalam keadaan bahagia.

Sementara itu, Datuk Ramli MS enggan memberikan sebarang kenyataan mengenai isu berkenaan dan memohon sebarang persoalan yang ingin ditanya, diajukan kepada isterinya.

Menerusi akhbar Harian Metro, beliau berkata, “Tanya dia (Alyah) kerana dia yang masukkan. Saya tak nak komen apa-apa. Anda kena faham saya tak tahu apa-apa kerana gambar ini dia yang masukkan. Saya minta maaf.”

Ya, betullah apa yang selalu dipesan orang tua, dalam keadaan marah, kita tidak patut mengeluarkan sebarang kenyataan kerana pastinya ia akan dipenuhi dengan emosi dan fakta yang tidak rasional.

Apa-apapun, kita doakan yang terbaik sahaja buat pasangan ini. – MYNEWSHUB.CC

Kenyataan Alyah Di Hlive – Alyah Belum Berpeluang Untuk Muncul Bersama Suami

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori