Sunday, January 19, 2025

Creating liberating content

Kanak-Kanak Warga Yaman Cedera...

KUALA LUMPUR - Seorang remaja warga Yaman cedera parah di kaki dan pengsan...

Wanita Warga Emas Rentung...

KUALA KANGSAR - Seorang wanita berusia 74 tahun rentung dalam kebakaran sebuah rumah...

Pencuri Kasut ‘Kantoi’ Sembunyi...

HASRAT seorang pencuri yang mahu larikan diri dengan helah sembunyi di dalam tandas...

Empat Nelayan Indonesia Dikhuatiri...

BALIK PULAU – Seorang nelayan warga Indonesia ditemui selamat manakala empat lagi rakannya...

Amal Sikap Bertanggunjawab, Pastikan Keamanan Terpelihara

KUALA LUMPUR – Datuk Seri Najib Tun Razak mahu rakyat Malaysia mempunyai rasa tanggungjawab dalam melakukan sesuatu perkara bagi memastikan keamanan yang dinikmati selama ini dapat dipelihara.

Perdana Menteri berkata rakyat juga perlu memupuk perasaan saling menghormati dan serasi di antara masyarakat berbeza latar belakang di negara ini, selain tidak melakukan sesuatu dengan bersandarkan kepada kebebasan mutlak.

“Kalau kita nak dunia ini aman kita mesti melahirkan satu keadaan di mana apa yang kita lakukan adalah dengan penuh rasa tanggungjawab. Kalau nak kata kerana kebebasan (kita) boleh kutuk agama orang lain, itu membawa kepada kemudaratan yang begitu berat,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika berucap merasmikan Perhimpunan Agung Tahunan Majlis Belia Malaysia (MBM) ke-63 di sini, hari ini.

Mengambil contoh insiden serangan berdarah ke atas pejabat majalah satira Perancis, Charlie Hebdo di Paris baru-baru ini, Najib berkata kejadian seumpama itu boleh berlaku jika sensitiviti agama tidak dihormati.


“Walaupun dalam kes Charlie Hebdo itu, memang membunuh adalah satu yang ditegah sama sekali, tapi akan ada orang yang bersikap sedemikian kalau kita tak menghormati sensitiviti agama.

“Orang Islam, Kristian, Hindu, Buddha ada sensitiviti, kalau faham sensitiviti masing-masing, saya percaya Malaysia akan jadi negara yang aman harmoni,” katanya.

Najib menegaskan selaku Perdana Menteri, beliau juga bertanggungjawab untuk melakukan yang terbaik untuk menjaga keamanan dan keharmonian negara. – BERNAMA

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori