Wednesday, January 22, 2025

Creating liberating content

Pegawai Tinggi Kerajaan Kurangkan...

PUTRAJAYA - Pegawai Perkhidmatan Awam Kumpulan Pengurusan Tertinggi bersetuju untuk menyumbang kepada Tabung...

Pelajar Sekolah Butterworth Cipta...

KUALA LUMPUR - `Kasut Powerbank' ciptaan sekumpulan pelajar dari Sekolah Menengah Jenis Kebangsaan...

Kuasa Majlis Penasihat Kerajaan...

MAJLIS Penasihat Kerajaan (atau sebenarnya penasihat Perdana Menteri?) semakin dicurigai peranan dan kuasa...

Kereta Perodua Turun Harga...

KUALA LUMPUR - Perodua menurunkan harga kenderaan keluaran syarikat itu antara 0.1 hingga...

Ambil Tindakan Undang-Undang Ke Atas Peserta Demontrasi

KUALA LUMPUR – Perbadanan Kemajuan Negeri Selangor (PKNS) kecewa dengan demonstrasi yang diadakan pihak tertentu bagi membantah projek Datum Jelatek oleh Datumcorp International (DCI) di Keramat semalam.

Pengurus Besarnya yang juga Pengerusi DCI, Azlan Md. Alifiah berkata, PKNS akan mengambil tindakan undang-undang ke atas pihak yang mengakibatkan kerosakan harta benda di tapak projek berkenaan.

“Apa yang berlaku amat mengecewakan kerana demonstrasi yang pada mulanya aman bertukar ganas apabila ada beberapa individu bertindak merobohkan dan memecahkan pagar penghalang di tapak projek.

“Kami memandang berat perkara ini dan tindakan undang-undang bakal diambil ke atas mereka yang terlibat, malah pihak DCI telah membuat laporan polis ke atas pencerobohan dan keganasan yang berlaku,” katanya dalam satu kenyataan media malam tadi.

Azlan mendakwa, PKNS dan DCI telah mengambil pelbagai inisiatif dengan mengadakan perjumpaan dengan penduduk sekitar Taman Keramat sebelum ini bagi menerangkan dengan lebih jelas mengenai projek itu.

“PKNS dan DCI sentiasa menerima pandangan dan cadangan daripada penduduk di sekitar kawasan pembangunan Datum Jelatek ini bagi memastikan mereka benar-benar faham tujuan pembangunan projek ini.


“Kita telah mengadakan perjumpaan dan berdialog bersama penduduk sekitar, malah kami telah menerima reaksi positif daripada keseluruhan penduduk di sini yang menyokong projek ini,” dakwa beliau.

Beliau mendakwa, Projek Datum Jelatek dibangunkan DCI yang merupakan anak syarikat milik penuh PKNS yang menggabungkan kediaman, komersial, pejabat dan komponen runcit.

Dakwanya lagi, sehingga 14 Januari 2015, projek berkenaan telah mendapat sambutan baik dan setakat ini 1,097 bakal pembeli Bumiputera yang menunjukkan minat telah mendaftar, angka yang dicatatkan adalah melebihi dari 674 unit disediakan.

Media semalam melaporkan kira-kira demonstrasi oleh seramai 1,000 peserta bagi membantah projek itu menjadi tegang apabila sebahagian mereka bertindak merobohkan dinding penghadang tapak projek berkenaan. – mynewshub.cc

https://www.youtube.com/watch?v=7_A5O21dC94

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori