Monday, November 25, 2024

Creating liberating content

Kematian Akibat Denggi Di...

IPOH - Jumlah kematian akibat denggi di Perak meningkat kepada 13 kes dalam...

Nahas 11 Kenderaan Di...

KUALA LUMPUR : Satu nahas membabitkan 11 kenderaan termasuk sebuah lori dilaporkan berlaku...

Jangan Cetus Provokasi Semasa...

PETALING JAYA – Polis mengingatkan semua pihak supaya menjaga dan memelihara ketenteraman di...

Harith Iskander Wakil Malaysia...

PELAWAK dan pengacara, Harith Iskander bakal berentap dengan 89 calon lain dari seluruh...

Amerika Syarikat Ganti Pesawat Air Force One

WASHINGTON – Tentera Udara Amerika Syarikat (AS) kelmarin memberitahu bahawa pihaknya akan menggunakan pesawat komersial model Boeing 747-8 untuk menggantikan dua pesawat Presiden yang dikenali sebagai Air Force One.

Keputusan itu dibuat sebulan selepas Boeing memaklumkan pihaknya akan mengurangkan pengeluaran pesawat 747-8 daripada 1.5 buah kepada 1.3 sebulan kerana tempahan yang semakin menurun.

“Pesawat Boeing 747-8 ialah satu-satunya pesawat yang dipasang di negara ini yang memenuhi keupayaan serta memantapkan misi sokongan Presiden,” kata Setiausaha Tentera Udara AS, Deborah James dalam satu kenyataan.

Boeing menyambut baik keputusan untuk memilih pesawat 747-8 dan menolak persaingan daripada syarikat lain.

Boeing sudah 50 tahun berkhidmat menyediakan pesawat khas untuk kegunaan Presiden AS dan pesawat Air Force One juga dianggap sebagai salah satu simbol kebanggaan negara itu.


James berkata, pihaknya berhasrat untuk menganugerahkan kontrak tunggal kepada Boeing, tetapi mereka masih perlu berbincang mengenai kontrak dan pengubahsuaian yang diperlukan bagi menyesuaikan pesawat dengan kegunaan Presiden.

Tentera udara AS kini mengendalikan dua pesawat Air Force One daripada model Boeing 747-200B yang direka khas untuk kegunaan presiden negara itu.

Bagaimanapun, sebarang maklumat berhubung kontrak baharu pesawat Air Force One tersebut termasuk kos tidak didedahkan.

Tambahnya, kontrak itu mengandungi pembelian yang cukup bagi peralatan asas teknikal dan memberi hak menyelenggara semasa pesawat yang dijangka digunakan dalam tempoh 30 tahun. – Reuters

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori