KUALA LUMPUR – Angkatan Muda Keadilan (AMK) tidak bersetuju dengan cadangan supaya jawatan Pengerusi Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia (SKMM) dipegang oleh ahli politik.
Ketuanya Nik Nazmi Nik Ahmad mendakwa, kepentingan awam hanya akan dijaga dengan lebih baik sekiranya badan kawal selia yang penting itu dipimpin oleh seorang teknokrat.
“Saya merujuk laporan media ahli politik, Dr. Mazlan Ismail mungkin dilantik untuk menggantikan Datuk Mohamed Sharil Mohamed Tarmizi.
“Kontrak Mohamed Sharil tidak disambung dan wujud dakwaan ada rancangan untuk menggantikannya dengan Mazlan.
Jika ini benar ia satu perkembangan yang tidak sihat,” dakwanya dalam satu kenyataan media hari ini.
Nik Nazmi mendakwa, hal itu perlu diperhalusi kerana SKMM bertanggungjawab mengawal selia media atas talian di Malaysia yang kian memainkan peranan penting.
Dakwanya, adalah penting semua keputusan dan tindakan SKMM dibuat tanpa sebarang keraguan yang dikaitkan dengan kepentingan dan sikap memihak secara politk.
Malah, seorang pengerusi baru yang bakal dilantik nanti mesti meastikan amalan kebebasan bersuara yang banyak dikekang di negara ini terus dihakis.
Justeru, beliau meminta SKMM segera menjelaskan isu itu kepada orang ramai.ĆāĆĀ – MYNEWSHUB.CC
https://www.youtube.com/watch?v=9xeYLPbmH4I