HATI anak mana yang tak terguris jika bapa kesayangan seolah-olah dipersalahkan atas tragedi yang tidak pernah dibayangkan akan berlaku.
Itulah yang diluahkan oleh Angela Anggi Ranastianis,22, anak juruterbang pesawat AirAsia Indonesia QZ8501, Kapten Iriyanto menerusi media Indonesia.
Dia memohon agar masyarakat mahupun media tidak menyalahkan bapanya atas nahas pesawat yang membawa 162 orang penumpang dan anak kapal itu.
“Bapa juga menjadi mangsa. Sehingga saat ini pun belum diketahui di mana dia berada. Keluarga saya masih dalam keadaan berkabung.
“Televisyen semakin mencari kesalahan juruterbang. Tolong, untuk saat ini fokuskan untuk mencari bapa saya. Bapa saya belum ditemui. Jangan beritahu ‘itu ini’ tentang bapa saya,”ĆāĆĀ rayu Angela.
Sehingga semalam, jumlah jenazah penumpang QZ8501 yang berjaya dibawa naik adalah seramai 34 orang. – MYNEWSHUB.CC
https://www.youtube.com/watch?v=3U_gkRnShY4
Oleh: ELZA