Wednesday, November 27, 2024

Creating liberating content

40 Pelajar, Pensyarah UMK...

KOTA BHARU - Kesemua 40 pelajar dan pensyarah daripada Fakulti Sains Bumi (FSB),...

Kerajaan Jangan Senyap Isu...

AHLI Majlis Tertinggi UMNO, Datuk Seri Mahdzir Khalid menggesa Kementerian Komunikasi dan Multimedia...

Semua Negeri Perlu Larang...

KUALA LUMPUR - Semua negeri bukan sekadar Johor dan Perak perlu melarang penggunaan...

APMM Tahan Bot Nelayan...

PASIR PUTEH - Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (APMM) menahan sebuah bot dikendalikan seorang...

Anak Lelaki Saya Meminati Messi – Ronaldo

MADRID – Anak lelaki Cristiano Ronaldo, Cris junior adalah peminat Lionel Messi, kata pemain Terbaik Dunia tiga kali itu selepas kedua-duanya bertemu pada majlis anugerah FIFA Ballon D’Or di Zurich.

Selepas Ronaldo menamakan pemenang anugerah Ballon D’Or 2014 dan menewaskan pemenang empat kali dari Argentina, Messi, kedua-dua pemain bertemu di lobi hotel di Kongresshaus sebelum Cris menunjuk ke arah Messi dan kemudian berdiri untuk menyambutnya.

Kapten Real Madrid dan Portugal itu memberitahu Messi: “Dia (Cris) menonton semua video berkaitan kita dan dia bercakap mengenai kamu,” kata Ronaldo dan mendapat reaksi malu-malu daripada anaknya.

Kapten Barcelona itu kemudian tersenyum dan bertanya kepada anak Ronaldo bagaimana keadaan dirinya.


“Kamu sekarang merasa malu!” kata Ronaldo sambil ketawa.

Ronaldo memenangi gelaran ketiga Ballon D’Or dan kedua berturut-turut dengan Messi memenangi anugerah sama sebanyak empat kali berturut-turut bermula pada tahun 2008. – Reuters

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori