Friday, October 25, 2024

Creating liberating content

Enam Kluster Jangkitan Covid-19...

KEMENTERIAN Kesihatan Malaysia (KKM) mengesan sebanyak enam kluster jangkitan Covid-19 membabitkan madrasah tahfiz.Ketua...

Polis Kesan Seorang Lagi...

KUALA LUMPUR - Polis sedang mengesan seorang lagi pelajar berhubung kes merakam dan...

Azwan Ali Belanja Nasi...

AMPANG – Calon Bebas Dewan Undangan Negeri N19 Bukit Antarabangsa, Azwan Ali meneruskan...

Warganegara Asing Perlu Lunas...

KUALA LUMPUR - Warganegara asing yang dibenarkan memasuki Malaysia perlu membayar caj kuarantin...

Imam Besar Masjid Negara Raih Anugerah Perdana Maulidur Rasul

PUTRAJAYA – Imam Besar Masjid Negara Tan Sri Syaikh Ismail Muhammad menyifatkan Anugerah Perdana Maulidur Rasul yang diterimanya hari ini, sebagai “Khusnul Khotimah” atau suatu pengakhiran yang baik di sepanjang kariernya.

Menyambut ulangtahun kelahirannya yang ke-71 semalam, Syaikh Ismail berkata anugerah itu akan dijadikan motivasi dalam meneruskan kariernya sebagai penjawat awam dan berkhidmat kepada masyarakat sebaik mungkin.

“Di usia sebegini dan hampir di penghujung karier saya sangat gembira dapat menerima anugerah sebegini,” katanya kepada pemberita selepas Majlis Sambutan Maulidur Rasul Peringkat Kebangsaan 1436H/2015M di Masjid Putra di sini.

Beliau yang telah berkhidmat sebagai Imam Besar di Masjid Negara sejak 2007 berkata anugerah itu juga dianggap sebagai rezeki dari Allah sekalipun bagi beliau ramai lagi calon yang lebih layak untuk menerimanya.

Tan Sri Syaikh Ismail Muhammad (depan sekali) ketika menyambut kedatangan Presiden AS Barrack Obama ke Masjid Negara di Kuala Lumpur baru-baru ini.
Tan Sri Syaikh Ismail Muhammad (depan sekali) ketika menyambut kedatangan Presiden AS Barrack Obama ke Masjid Negara di Kuala Lumpur baru-baru ini.

Syaikh Ismail membawa pulang wang tunai sebanyak RM50,000, trofi dan sijil penghargaan yang disampaikan oleh Timbalan Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin.


Turut menerima Anugerah Maulidur Rasul pada tahun ini ialah Anggota Jawatankuasa Syariah (Fatwa) Majlis Hal Ehwal Islam, Perak Datuk Saleh Mah@Ahmad, Juruacara Bahasa Arab Tilawah Al-Quran Antarabangsa Datuk Mahamud Abdul dan Pengerusi Humanitarian Care Malaysia Prof Madya Dr Hafidzi Mohd Noor.

Selain itu, Profesor Bersekutu Universiti Malaya Prof Madya Dr Syarifah Hayaati Syed Ismail; Penolong Setiausaha Bahagian Pengurusan Bencana, Majlis Keselamatan Negara (MKN) Kolonel Mohd Sakri Hussin; Penceramah Bebas dan bekas penyanyi Kumpulan Nasyid Raihan, Nazrey Johani; Pendakwah Bebas Muhamad Abdullah dan atlet paralimpik Mohammad Azlan Mat Lazin juga menerima anugerah yang sama.

Mereka masing-masing membawa pulang hadiah wang tunai RM20,000, trofi dan sijil penghargaan. – BERNAMA

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori