Thursday, October 24, 2024

Creating liberating content

Sarawak Fokus Pembekal Nanas...

MIRI : Keunikan varieti nanas tempatan Sarawak iaitu Gred Sarawak Gold (SG1) menjadikan...

Ramasamy Tetap Mahu SOSMA...

GEORGETOWN - Timbalan Ketua Menteri II Pulau Pinang, P Ramasamy, tidak berganjak dengan...

Ahmad Razif Ulangi Keyakinan,...

KUALA TERENGGANU - Menteri Besar Ahmad Razif Abdul Rahman mengulang keyakinannya bahawa tiada...

Mengaku Polis Singapura Ditahan...

KUALA KANGSAR - Polis menahan seorang lelaki yang mengaku anggota polis Singapura di...

Anggap Jawatan Satu Amanah, Bukan Keistimewaan – Musa

KOTA KINABALU – Semua Pemimpin Pembangunan Masyarakat (PPM) di Sabah diingatkan supaya tidak menganggap jawatan mereka sebagai suatu keistimewaan atau kebanggaan sebaliknya sebagai amanah daripada rakyat.

Ketua Menteri Sabah Datuk Seri Musa Aman berkata PPM yang telah dilantik mesti melaksanakan tanggungjawab yang telah diamanahkan sebaik-baiknya seperti yang diharapkan seluruh anggota masyarakat.

“PPM membawa imej dan menggambarkan kewibawaan pemimpin dan kerajaan Barisan Nasional. Apa juga tindakan, langkah, sikap, pendirian mestilah seiring dengan hasrat dan matlamat kerajaan BN,” katanya ketika berucap pada majlis angkat sumpah (PPM) bagi 10 kawasan Dewan Undangan Negeri, di sini hari ini.

Musa mengingatkan semua PPM yang telah dilantik supaya mengurangkan masa untuk berpolemik dan berpolitik sebaliknya memperbanyakkan ruang waktu untuk bekerja.


“Sudah tentu PPM menjadi wakil kerajaan dan rujukan mengenai banyak perkara. Oleh itu tingkatkan dan lipat gandakan lagi usaha dan gerak kerja, muafakat dan kerjasama sesama kita. Ini amat penting supaya rakyat benar-benar menyedari akan kesungguhan dan komitmen kita membela nasib mereka,” katanya.

Musa juga mengingatkan semua PPM bahawa mereka semua adalah satu pasukan dalam BN yang kukuh dan mantap dengan anggota pentadbiran, pegawai kerajaan, pemimpin politik dan parti sentiasa membantu PPM di kawasan masing-masing.

Beliau mengajak PPM dan anggota pentadbiran negeri agar bekerjasama dan berganding bahu menjayakan agenda pembangunan negeri demi kesejahteraan rakyat keseluruhannya. – BERNAMA

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori