Wednesday, November 27, 2024

Creating liberating content

Kesal Tak Sapa Abang...

KUALA LANGAT - Adik ipar warga emas yang maut dalam kebakaran awal pagi...

Mahasiswa Alami Tekanan Terjun...

SHAH ALAM: Polis mengesahkan seorang mahasiswa institusi pengajian tinggi awam (IPTA) terjun dari...

Manfaat Bersyukur Kepada Allah

ALHAMDULILLAH adalah ungkapan ringkas sebagai tanda bersyukur kepada Allah SWT terhadap nikmat dan rezeki yang dikurniakan.

‘Seseorang’ Kawal Pesawat MH370...

SIASATAN awal para penyiasat Perancis yang diberi akses kepada sejumlah data penerbangan Boeing...

Angin Kencang Di Beberapa Perairan Sehingga Selasa

KUALA LUMPUR – Keadaan angin kencang Timur Laut yang melanda kawasan perairan Kelantan, Terengganu, Pahang, Johor Timur, Sarawak, Sabah (Pedalaman, Pantai Barat dan Kudat) dan Labuan dijangka berterusan sehingga Selasa.

Menurut kenyataan Jabatan Meteorologi, keadaan angin kencang dengan kelajuan 50-60 kmsj dan ombak mencapai ketinggian sehingga 4.5 meter itu berbahaya kepada semua aktiviti perkapalan dan pantai termasuk menangkap ikan dan perkhidmatan feri.

“Selain itu, kawasan pantai di Kelantan, Terengganu dan Johor Timur terdedah kepada kejadian kenaikan paras air laut sehingga esok,” menurut kenyataan itu.

Jabatan itu turut memaklumkan, angin kencang Timur Laut berkelajuan 40-50 kmsj dengan ombak mencapai ketinggian sehingga 3.5 meter yang berlaku di perairan Sabah (Sandakan) dijangka berterusan sehingga Selasa dan keadaan tersebut berbahaya kepada bot-bot kecil, rekreasi laut dan sukan laut.

Sementara itu amaran ribut petir di perairan Sarawak dengan angin kencang berkelajuan 50-60 kmsj dan ombak mencapai ketinggian sehingga 4.5 meter akan berterusan sehingga lewat petang ini.


Menurut kenyataan itu, kawasan lain termasuk perairan Condore, Reef North, Layang-layang, Palawan, Samui, Tioman, Bunguran, Kuching, Labuan dan Sulu yang mengalami angin kencang dengan kelajuan 50-60 kmsj, laut bergelora dan ombak mencapai sehingga 4.5 meter dijangka berterusan sehingga Selasa ini.

Sementara amaran ribut petir di perairan Bunguran, Reef South dan Kuching dengan ombak mencapai ketinggian sehingga 4.5 meter dan perairan Sulawesi dengan ombak berketinggian sehingga 3.5 meter, masing-masing dijangka berterusan sehingga lewat petang ini.

Keadaan itu berbahaya kepada semua aktiviti pantai dan perkapalan. – BERNAMA

  • Lagi berita berkaitan:
  • Cuaca

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori