Wednesday, January 22, 2025

Creating liberating content

Dari English Premier League...

PENYERANG muda kelab Liga Inggeris, Queens Park Rangers (QPR), Brandon Adams mengesahkan penyertaannya...

VIDEO: Lelaki Permain Lembu...

PADAH memperlekeh serta mempermainkan seekor lembu jantan, seorang lelaki yang mahu tunjuk hebat...

Netizen Gelar Mahathir Sebagai...

KUALA LUMPUR - Gelaran "Turn M" antara sindiran pedas dilemparkan oleh netizen ke...

Anwar Tidak ‘Ambil Pusing’...

PUTRAJAYA : Datuk Seri Anwar Ibrahim tidak 'mengambil pusing' mengenai rancangan sulit dinamakan...

Angin Kencang, Laut Bergelora Dijangka Hingga Sabtu

KUALA LUMPUR – Angin kencang Timur Laut dan laut bergelora kategori kedua di kawasan perairan Kelantan, Terengganu, Pahang dan Johor Timur dijangka berterusan sehingga Sabtu ini (17 Januari).

Keadaan sama dijangka melanda Tioman, Bunguran, Kuching, Sabah, Sarawak, Labuan, Sulu, Samui dan Reef South.

Menurut Jabatan Meteorologi Malaysia, angin kencang Timur Laut dengan kelajuan 50 hingga 60 kilometer sejam (kmsj) dan ombak mencapai ketinggian sehingga 4.5 meter akan berlaku dalam tempoh itu.

“Sementara itu, angin kencang dan laut bergelora kategori ketiga di perairan Condore, Reef North, Layang-layang dan Palawan juga dijangka berterusan sehingga Sabtu ini,” menurut kenyataan itu di sini hari ini.


Angin kencang Timur Laut dengan kelajuan 60 kilometer sejam (km/jam) dan ombak mencapai ketinggian sehingga 4.5 meter itu berbahaya kepada semua aktiviti perkapalan dan pantai termasuk pekerja di pelantar minyak, menangkap ikan serta perkhidmatan feri.

Selain itu, kawasan pantai di Kelantan, Terengganu, Pahang dan Johor Timur terdedah kepada kejadian kenaikan paras air laut sehingga Sabtu ini. – BERNAMA

  • Lagi berita berkaitan:
  • Cuaca

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori