Saturday, October 26, 2024

Creating liberating content

Tingkat Pengetahuan Ilmu Ketenteraan...

KUALA LUMPUR - Yang di-Pertuan Agong, Tuanku Abdul Halim Mu'adzam Shah hari ini...

Misteri MH370: Misi Pencarian...

CANBERRA: Setelah lebih setahun hilang tanpa sebarang petunjuk meyakinkan, misi pencarian MH370 tetap diteruskan...

‘Bodyguard’ Menyamar Polis, Tayang...

KUALA LUMPUR: Seorang pengawal peribadi ditahan kerana disyaki menyamar sebagai polis dan mengugut...

DBKL Rugi Lebih RM18...

KUALA LUMPUR - Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) mengalami kerugian sebanyak RM18,137,507 berikutan...

Angin Kencang, Laut Bergelora Dijangka Sehingga Selasa

KUALA LUMPUR – Angin kencang Timur Laut (kategori pertama) dengan kelajuan 40-50 kilometer sejam (kmsj) dan ombak berketinggian sehingga 3.5 meter dijangka berlaku di perairan Kelantan, Terengganu, Pahang, Timur Johor, Sarawak, Kudat, pantai barat dan pedalaman Sabah termasuk Sandakan dari Ahad hingga Selasa ini.

Menurut kenyataan Jabatan Meteorologi hari ini, keadaan angin pada kelajuan sama turut dijangka melanda Labuan dan Sulu mulai esok hingga Selasa ini, manakala di Samui, Tioman, Bunguran, Reef South dan Kuching mulai Ahad hingga Selasa ini.

Angin kencang dan laut bergelora kategori kedua yang sedang melanda kawasan perairan Condore, Reef North, Layang-layang dan Palawan dijangka berterusan sehingga Selasa, katanya.

Menurut jabatan itu, ribut petir dengan angin kencang berkelajuan 50 kmsj dan laut bergelora dengan ombak berketinggian sehingga 3.5 meter di perairan Selangor dan Mukah, Bintulu dan Miri di Sarawak juga dijangka berterusan sehingga petang ini.


Sementara ribut petir di perairan Reef South dijangka berterusan sehingga petang ini dengan angin kencang berkelajuan 50 kmsj dan laut bergelora dengan ombak berketinggian sehingga 3.5 meter.

Keadaan angin kencang dan laut bergelora itu berbahaya kepada semua aktiviti perkapalan dan pantai termasuk menangkap ikan dan perkhidmatan feri, bot-bot kecil, rekreasi laut dan sukan laut. – BERNAMA

  • Lagi berita berkaitan:
  • Cuaca

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori