Monday, January 20, 2025

Creating liberating content

Tedung Selar ‘Cari Makan’...

KOTA BELUD - Seekor ular tedung selar berukuran 3.8 meter yang ‘ceroboh’ dapur...

Warga KKLW Perlu Fahami...

PUTRAJAYA - Setiap penjawat awam termasuk warga kerja Kementerian Kemajuan Luar Bandar dan...

Kerajaan Baharu Sabah Bentang...

KOTA KINABALU - Buat pertama kali, kerajaan negeri Sabah yang baharu pimpinan Parti...

Mesin Dispenser Air Lucah...

TOKYO– Ia merupakan satu pemandangan yang menjelikkan. Apa tidaknya payu dara patung dijadikan...

Anifah, Menteri Luar Indonesia Berbincang Di Kota Kinabalu

KOTA KINABALU – Menteri Luar, Datuk Seri Anifah Aman dan rakan sejawatannya dari Indonesia, Retno Marsudi mengadakan mesyuarat dua hala di sini hari ini.

Mesyuarat itu berlangsung kira-kira sejam di Hotel Le Meridien di sini.

Mereka diiringi Duta Besar Indonesia di Malaysia, Herman Prayitno dan pegawai kanan dari kedua-dua negara.

Retno sedang dalam lawatan rasmi ke Malaysia dari semalam hingga hari ini sebelum menghadiri Pemukiman Menteri Luar ASEAN 2015 di sini esok sehingga Rabu ini.


Kunjungan ini adalah lawatan rasmi pertamanya ke Malaysia selepas beliau dilantik sebagai Menteri Luar Indonesia pada 27 Oktober tahun lepas.

Wisma Putra, dalam satu kenyataannya semalam, menyatakan lawatan itu akan memberikan peluang yang amat baik untuk kedua-dua menteri bertukar-tukar pandangan dan membincangkan hubungan dua hala dan isu serantau untuk kepentingan bersama, serta mengukuhkan lagi kerjasama sedia ada antara kedua-dua negara dalam pelbagai bidang. – BERNAMA

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori