Tuesday, January 21, 2025

Creating liberating content

Sabah, Kelantan Paling Rendah...

KUALA LUMPUR - Jumlah individu yang berdaftar sebagai penerima vaksin COVID-19 menerusi aplikasi...

Rampas Dadah RM2.4 Bilion...

PUTRAJAYA - Kejayaan besar polis dalam mematahkan cubaan penyeludupan dan pengedaran dadah di...

‘Bersyukur Rakan Jemaah Pas...

AYER KEROH: Datuk Seri Sulaiman Md. Ali bersyukur berikutan pendirian akar umbi Pas...

Peluang Bawa Pulang Sajat...

KUALA LUMPUR - Peluang untuk membawa pulang usahawan kosmetik Muhammad Sajjad Kamaruz Zaman...

Banjir: Anwar Ibrahim Pertikai Konsep Agro-Perhutanan

KUALA LUMPUR – Ketua Umum Parti Keadilan Rakyat (PKR), Datuk Seri Anwar Ibrahim menyokong gesaan Sahabat Alam Malaysia (SAM) supaya kerajaan membekukan penukaran status tanah hutan kepada perladangan.

Beliau mendakwa, bencana banjir yang melanda beberapa negeri dan insiden tanah runtuh di di Cameron Highlands, Pahang merupakan natijah daripada penukaran gunatanah hutan tersebut.

“Trend melalui konsep agro-perhutanan tidak wajar dijadikan justifikasi untuk menghalalkan penerokaan hutan serta penukaran guna tanah melibatkan hutan simpan kekal secara sewenang-wenang,” dakwanya dalam satu kenyataan media hari ini.

Anwar mendakwa, Majlis Tanah Negara (MTN) wajar menyemak Dasar Perhutanan Negara yang digubal pada tahun 1977 supaya sesuai dengan keadaan semasa yang terdedah kepada ancaman penerokaan dan pembalakan haram.


Beliau turut meminta kerajaan mempertimbangkan gesaan SAM untuk membekukan sebarang bentuk penukaran gunatanah hutan kepada perladangan.

“Elemen penguatkuasaan harus dimantapkan supaya bersifat lebih efektif dalam menangani masalah ini,” katanya. -MYNEWSHUB.CC

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori