Tuesday, November 26, 2024

Creating liberating content

Royalti Minyak 20 Peratus,...

KOTA KINABALU - Tuntutan sebanyak 20 peratus, jika dipenuhi, tidak akan memberi kesan...

Kereta Mewah Didakwa Milik...

KUALA LUMPUR – Datuk Seri Najib Razak kecewa apabila 27 buah kereta mewah...

Amar Baharin Akui Sedia...

MENGAKUI sudah beberapa kali diletakkan dalam situasi yang sama, pelakon Amar Baharin kali...

Penyerang Bom Di Puchong...

NARATHIWAT - Usaha memburu dua rakyat Malaysia yang dipercayai terbabit dalam serangan bom...

Apa Khabar Cipta Rekod Lagu Hip Hop Pertama Menang AJL

ajl 29 2

KUALA LUMPUR: Lagu Apa Khabar ciptaan SonaOne dan Joe Flizzow dinobatkan sebagai pemenang Anugerah Juara Lagu ke 29 (AJL29) yang berlangsung di Stadium Putra, Bukit Jalil malam tadi.

Selaku juara SonaOne dan Joe Flizzow membawa pulang trofi dan wang tunai RM50,000.

Ini merupakan kejayaan sulung bagi lagu berirama Hip Hop yang buat pertama kalinya dinobatkan sebagai juara dalam sejarah penganjuran Anugerah Juara Lagu.

Sementara itu, lagu nyanyian Shila Amzah bertajuk Masih Aku Cinta yang juga merupakan ciptaan sepenuhnya penyanyi itu telah dinobatkan sebagai naib juara AJL29, membolehkan anak kepada ND Lala ini membawa pulang trofi dan wang tunai RM35,000.

Tempat ketiga AJL29 pula diberikan kepada lagu ciptaan Tam Spider dan liriknya oleh Iman Imran bertajuk Di Pintu Syurga. Lagu yang dipersembahkan oleh Dayang Nurfaizah itu merangkul trofi dan wang tunai RM20,000.

Dayang bersama Rudy Imran
Dayang bersama penulis lirik Di Pintu Syurga Rudy Imran.

Dayang Nurfaizah turut mencatat kejayaan tersendiri apabila dinobatkan sebagai Vokal Terbaik malam tadi sekaligus menerima RM12,000.

Persembahan hebat dari kumpulan Mojo dan Caliph Buskers sewaktu mempersembahkan Romancinta pula, melayakkan mereka memenangi Persembahan Terbaik dan membawa pulang RM12,000.

Caliph Buskers bersama Kumpulan Mojo membawa lagu Romancinta memenangi Persembahan Terbaik pada AJL29. (GAMBAR NSTP/ Ghazali Kori)
Caliph Buskers bersama Mojo yang membawakan lagu RomanCinta memenangi Persembahan Terbaik pada AJL29. (GAMBAR NSTP/ Ghazali Kori)

BACA: AJL29: Edry Ganding Mojo Dengan Buskers Cacat Penglihatan


Sebanyak 12 lagu telah bertanding dalam AJL29 pada tahun ini yang membawakan tema `Gema Dalam Muzik’.

Selain lagu-lagu di atas, lagu-lagu lain adalah Malaikat nyanyian Hazama (Omar K, Mike Chan & Hazama), Percayalah nyanyian Indah Ruhaila (Aiman/Mohd Atlas), Sesal Separuh Nyawa nyanyian Alyah (Alfie Alwi & Aidil/Shah Shamshiri & Alyah), Gadis Jolobu nyanyian W.A.R.I.S & Dato’ Hattan (DJ Fuzz/W.A.R.I.S & Dato’ Hattan), Rentak Laguku nyanyian Bunkface & Amy Search (Sam Bunkface), Matahari nyanyian Hafiz Suip (Ajai/Transformer Melayu), Gilalah nyanyian Stacy (Omar K & Mike Chan/Stacy) dan Lelaki nyanyian Najwa Mahiaddin & The Palauans (Yuna & AG Coco).

AJL29 yang bersiaran langsung di TV3 telah dihadiri lebih kurang 10,000 penonton yang memenuhi stadium. Majlis dikemudikan oleh hos Scha Al-Yahya dan AG.

Persembahan pembukaan tirai AJL29 menyaksikan penampilan istimewa Dato M. Nasir yang menyampaikan medley Mantera Semerah Padi dan Hati Emas.

Turut membuat persembahan di penghujung anugerah ialah Ronnie Hyper Act, Tomok dan penampilan khas kumpulan Headwind.

– MURAI

Persembahan RomanCinta AJL29 Mojo & Caliph Buskers Yang Mencuri Perhatian Ramai

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori