Monday, January 20, 2025

Creating liberating content

Lucu! ‘Pendekar Cangkul’ Jadi...

PASTI ramai yang sudah menonton rakaman video aksi 'pendekar cangkul' yang membelasah seorang...

Lebih 400,000 Penjawat Awam...

KUALA LUMPUR - Lebih 400,000 penjawat awam yang merangkumi 25 hingga 30% daripada...

Pesawah Disaran Gabung Sawah...

ALOR SETAR - Pesawah di negara ini disaran untuk menggabungkan sawah untuk diusahakan...

Gas Malaysia Lantik Inukai...

KUALA LUMPUR - Gas Malaysia Bhd melantik Akira Inukai sebagai Pengarah Gantian Bukan...

Apabila Pelumba Nascar Menjadi Pemandu Teksi…

APAKAH perasaan anda sekiranya video yang dihasilkan dengan segala titik peluh yang ada dipertikaikan keasliannya, malah dituduh sengaja membuat aksi yang palsu pula. Perhh.. siapa je yang tak panas kan?

Itulah yang terjadi setahun lalu terhadap penumpang teksi ini yang juga seorang penulis, dalam sebuah laman berkenaan kereta, Jalopnik.com.

Travis Okulski telah mempersoalkan keaslian sebuah video oleh Pepsi berkenaan pandu uji kenderaan Chevrolet Camaro. Dia telah memperkecilkan usaha-usaha pemandu dan pembikin video tersebut dalam artikelnya.

Baginya, video itu adalah satu lakonan semata-mata, mustahil untuk dilakukan dalam kehidupan sebenar.

Namun, apa yang terjadi padanya dalam video ini bagaikan satu dejavu!

Apa yang telah berlaku di dalam video pandu uji sebelum ini, itulah juga yang telah berlaku pada dirinya.

Jeff Gordon, lagenda Nascar yang dikatakan telah membuat video aksi ‘palsu’ seperti yang dikatakan Travis Okulski sebelum ini, telah menyamar sebagai pemandu teksi.


https://www.youtube.com/watch?v=dRIgmKGDqFM

Dia ingin membuktikan kepada penumpang teksi tersebut, yang pernah mempertikaikan kredibilitinya sebagai pemandu Nascar dengan mengatakan semua aksi dalam video itu adalah 100 peratus palsu.

Cuma bezanya kali ini, ia berlaku menerusi adegan kejar-mengejar bersama polis dengan aksi pemanduan yang menjadi tidak keruan lantaran Jeff Gordon mendedahkan kepada Travis bahawa dia juga sebenarnya seorang ‘bekas banduan’ yang lari dari penjara.

Haa… ini makan dia. –MYNEWSHUB.CC

Oleh: hzqahmd

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori