CALIFORNIA – Bintang Teen Mom yang juga bekas pelakon filem lucah, Farrah Abraham bukan asing kepada pembedahan plastik.
Namun kini dia pasti akan menjauhinya selepas suntikan untuk membesarkan bibir tidak menjadi.
Malah lebih malang apabila bibir atasnya itu membengkak hinggakan dia terpaksa dimasukkan ke unit kecemasan sebuah hospital.
Bibir atasnya itu membengkak 10 kali lebih besar daripada bibir bawah dan berwarna kemerah-merahan.
Dia juga terpaksa diberikan ubat penahan sakit yang kuat.
Namun Farrah tidak pula kelihatan cemas akibat keadaan tersebut sebaliknya nampak tenang dan sempat bergambar selfie.
Gambar itu kemudiannya dimuatkan dalam instagramnya.