Wednesday, November 27, 2024

Creating liberating content

Chong Wei Setuju Cadangan...

KUALA LUMPUR - Jaguh badminton negara Datuk Lee Chong Wei berkata cadangan pelantikan...

Keputusan SVM Semester 4,...

PUTRAJAYA: Keputusan peperiksaan Sijil Vokasional Malaysia (SVM) Semester 4 Sesi 2/2021 dan Pentaksiran...

Abam Polis Selamatkan Wanita...

TINDAKAN pantas seorang lelaki menyelamatkan wanita yang cuba bunuh diri di Jambatan Sultan...

PBNJ Kutuk Penyokong Ganggu...

KUALA LUMPUR - Persatuan Bolasepak Negeri Johor (PBNJ)  mengutuk tindakan segelintir penyokong Johor...

APMM Gagalkan Penyeludupan Arak Bernilai RM4.4 Juta

KOTA TINGGI – Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (APMM) menggagalkan penyeludupan 7,840 karton arak dianggarkan bernilai RM4.4 juta menggunakan sebuah kapal tangki, pada 2.5 batu nautika utara Tanjung Pengelih, Pengerang, semalam.

Pengarah Operasi Daerah Maritim Tanjung Sedili Komander Maritim Mustafa Kamal Abas berkata kapal tangki MT Aprili yang berdaftar di Mongolia itu dikesan anggota APMM yang sedang melakukan rondaan di perairan Pengerang, pada 1 pagi.

“Selepas membuat pemerhatian selama setengah jam, anggota APMM bertindak mengejar dan berjaya menahan kapal terbabit.

“Pemeriksaan kemudian menemui sebanyak 7,840 karton pelbagai arak termasuk Royal Stag Whisky, Old Monk Rum, McDowells Green Label Whisky, Honey Bee Brandy, Duchess Vsop Brandy, Jack Daniels Black yang dianggarkan bernilai RM4.4 juta,” katanya kepada pemberita, di sini, hari ini.

Mustafa Kamal berkata kapal tersebut didapati dalam perjalanan dari Singapura ke Dumai, Indonesia dengan dokumen perjalanannya didaftarkan sebagai membawa minyak atau air bersih.


Beliau berkata dokumen bersama enam anak kapal itu yang kesemuanya warganegara Indonesia berusia antara 23 hingga 54 tahun kini dibawa ke Pejabat Maritim Tanjung Sedili untuk tindakan lanjut.

“Ini merupakan kes tangkapan pertama melibatkan arak tahun ini dan APMM akan terus mempertingkatkan rondaan di perairan negeri ini bagi menghalang kegiatan penyeludupan daripada terus berleluasa,” katanya. – BERNAMA

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori