Friday, October 25, 2024

Creating liberating content

Faktor Luaran Antara Penyebab...

KUALA LUMPUR - Keadaan ekonomi negara yang mencabar pada masa ini sehingga meningkatkan...

FAM Akan Calonkan Jaringan...

KUALA LUMPUR - Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM) akan mengemukakan nama pemain bola...

‘Rapatkan Saf’ Satukan Stesen...

TV ALHIJRAH bakal mengadakan program persembahan Rapatkan Saf yang ditayangkan secara langsung bersempena...

Insentif Bagi Bayi Kelahiran...

KUALA TERENGGANU - Kerajaan negeri sentiasa prihatin dan meraikan bayi yang dilahirkan di...

Aston Villa Dapatkan Khidmat Carles Gil Dari Valencia

London – Penyerang Sepanyol, Carles Gil sah menyertai Aston Villa dari Valencia selepas menandatangani kontrak empat tahun setengah dengan kelab Liga Perdana Inggeris itu hari ini.

Pemain berusia 22 tahun yang menyertai skuad Bawah 21 Tahun Sepanyol itu sama ada akan bermain sebagai penyerang atau bahagian sayap.

Kehadiran Gil boleh membantu bahagian serangan Villa yang hanya menyumbat 11 gol dalam 21 perlawanan liga musim ini.

Villa tidak mendedahkan butiran yuran perpindahannya namun media Britain melaporkan Villa membayar kira-kira STG3.25 juta (AS$4.9 juta) untuk mendapatkan khidmatnya.


“Kami menemui pemain yang kreatif dan dia mampu memberi elemen tambahan kepada skuad kami,” kata Pengurus Villa, Paul Lambert dalam laman web kelab itu.

“Dia hanya berusia 22 tahun dan dia datang ke sini untuk memberi sesuatu kepada kami yang kami tidak memilikinya ketika ini,” katanya. – AFP

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori