Monday, November 25, 2024

Creating liberating content

Kempen ‘Perak Yang Bersih’...

IPOH - Kempen 'Perak Yang Bersih' melibatkan pihak berkuasa tempatan (PBT), badan bukan...

Harga Ikan Kembong Naik...

KUALA LUMPUR - Persatuan Nelayan Kebangaaan (Nekmat) menjawab rungutan orang ramai mengenai kenaikan...

Klopp Bawa Masuk Semula...

JURGEN Klopp bersedia membawa masuk bekas jurulatih pembangunan skuad utama Liverpool Pepijn Lijnders...

Jangan Ambil Mudah Kemunculan...

KOTA KINABALU - Ketua Pergerakan Pemuda UMNO, Khairy Jamaluddin mengingatkan anggota pergerakan itu...

ATM Cadang Tambah Aset Untuk Bantu Mangsa Banjir

PORT DICKSON – Angkatan Tentera Malaysia (ATM) bercadang untuk memperoleh aset yang lebih diperlukan seperti hoverkraf bagi misi membantu dan menyelamat mangsa banjir.

Panglimanya, Jeneral Tan Sri Zulkifeli Mohd Zin berkata keperluan hoverkraf amat luas kerana ia boleh digunakan di tempat sempit, sungai yang kotor, kawasan paya bakau berlumpur dan kawasan tasik yang mempunyai sisa tunggul kayu.

“Dalam keadaan banjir di Kelantan baru-baru ini, ada sesetengah kawasan tidak dapat dimasuki walaupun menggunakan bot kerana arus terlalu deras. Oleh itu, kita akan mencadangkan kepada Kementerian Pertahanan untuk membekalkan hoverkraf yang sesuai untuk digunakan dalam keadaan sedemikian,” katanya.

Beliau bercakap pada sidang media selepas Perbarisan Tamat Latihan Pegawai Kadet Graduan Tentera Darat, Laut dan Udara di Kolej Tentera Darat, Kem Segenting dekat sini, hari ini.

Turut hadir Panglima Tentera Darat Jeneral Tan Sri Raja Mohamed Affandi Raja Mohamed Noor, Panglima Tentera Laut Laksamana Tan Sri Abdul Aziz Jaafar dan Panglima Tentera Udara Jeneral Datuk Seri Roslan Saad.

Selain itu, katanya pihaknya juga mahu menambah trak yang lebih besar serta bot tempur yang mempunyai enjin berkuasa kuda lebih tinggi kerana enjin 60 kuasa kuda yang digunakan dalam misi bantuan banjir baru-baru ini tidak cukup kuat.


Sementara itu, Zulkifeli mengingatkan setiap anggota dan pegawai mematuhi peraturan ATM, kerana ia mempunyai peraturan khusus untuk menentukan institusi ATM dihormati.

“Sekiranya ada anggota atau pegawai yang melampaui landasan, tindakan perlu diambil. Jenis tindakan diambil bagaimanapun bergantung kepada sesuatu kesalahan yang dilakukan.

“Kita adalah institusi disiplin dan kalau kita tidak mematuhi disiplin itu maka organisasi bersenjata seperti kita tidak akan menjadi satu organisasi yang utuh. Sebab itulah ketaatsetiaan kepada raja dan negara tidak boleh berbelah bagi,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika diminta mengulas Pegawai Tentera Udara Diraja Malaysia (TUDM) Mejar Zaidi Ahmad dibuang kerja oleh Mahkamah Tentera, Kuala Lumpur pada 12 Januari lepas selepas didapati bersalah atas dua tuduhan berhubung kenyataannya mengenai isu dakwat kekal pada Pilihan Raya Umum Ke-13 (PRU13).

Sebanyak 66 Pegawai Kadet Graduan daripada ketiga-tiga perkhidmatan ATM menamatkan latihan sembilan bulan mereka di sini, hari ini. – BERNAMA

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori