Tuesday, January 21, 2025

Creating liberating content

60 Penuntut Kolej Vokasional...

MUAR - Seramai 60 pelajar Kolej Vokasional Muar, di sini yang mengalami muntah-muntah...

TMJ, Isteri Namakan Anak...

ISTERI Tunku Mahkota Johor Tunku Ismail Sultan Ibrahim iaitu Che Puan Khaleeda Bustamam berserta...

Speaker DUN Selangor Salahkan...

SHAH ALAM - Speaker Dewan Undangan Negeri (DUN) Selangor, Hannah Yeoh mendakwa Syarikat...

“Kalau Ada Batu Api,...

HUBUNGAN cinta antara pasangan pelakon Emma MAembong dan Kamal Adli yang telah dijalin...

Australia Akan Tolak Permohonan Ekstradisi Sirul Ke Malaysia

KERAJAAN Australia akan menolak permohonan Malaysia untuk membawa pulang bekas anggota Unit Tindakan Khas (UTK) Sirul Azhar Umar kerana hukuman yang dijatuhi ke atasnya adalah hukuman mati.

Akhbar Australia, Sydney Morning Herald melaporkan jurucakap Jabatan Peguam Negara Australia menyebut undang-undang ekstradisi negara itu tidak membenarkan seseorang diserahkan kepada negara lain untuk kesalahan yang boleh dihukum dengan kematian melainkan negara ini telah memberikan satu akujanji kepada Australia bahawa hukuman itu tidak akan dilaksanakan.

“Australia menentang hukuman mati. Kita menentang hukuman mati di Australia dan di luar negara,” menurut laporan itu.

MENARIK – Kronologi Kes Bunuh Berprofil Tinggi, Altantuya Sharibuu

Sirul dan seorang lagi anggota UTK Azilah Hadri dijatuhi hukuman gantung sampai mati oleh Mahkamah Persekutuan, Selasa lepas selepas keputusan Mahkamah Rayuan yang membebaskan mereka daripada tuduhan membunuh model Mongolia, Altantuya Shariibuu, ditolak.

Panel lima hakim sebulat suara mendapati Sirul dan Azilah bersalah dan hukuman gantung berkenaan dikekalkan.

Sirul tidak hadir ke mahkamah ketika hukuman tersebut dijatuhkan dan dipercayai berada di Australia sejak enam bulan yang lalu.


Polis akan mendapatkan kerjasama dengan Polis Persekutuan Australia untuk memberkas Sirul yang menurut rekod Jabatan Imigresen, ke negara tersebut pada Oktober lepas.

Kedua-duanya sebelum ini pada April 2009 didapati bersalah oleh Mahkamah Tinggi atas pertuduhan membunuh model Mongolia Altantuya sembilan tahun lalu tetapi kemudian dilepas dan dibebaskan Mahkamah Rayuan. – MYNEWSHUB.CC

Kronologi Kes Pembunuhan Altantuya

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori