Sunday, October 27, 2024

Creating liberating content

Hadi Fayyadh Sertai Fagiano...

KUALA LUMPUR - Penyerang skuad Bawah 19 Tahun (B-19) negara, Hadi Fayyadh Abdul...

IPTA Harus Bijak Jana...

BANGI - Institusi Pengajian Tinggi Awam (IPTA) perlu mencari jalan memanfaatkan aset seperti...

Video: Ini Punca Majlis...

GOMBAK - Majlis perkahwinan yang sepatutnya menjadi hari bahagia buat pasangan pengantin, bertukar...

Hawana: Berita Gembira Untuk...

KUALA LUMPUR – Penganjuran Hari Wartawan Nasional (Hawana) 2018 membawa kejayaan dan berita...

Australia Kekal Komited Cari MH370 – JACC

KUALA LUMPUR – Kerajaan Australia kekal komited dalam usaha mencari pesawat Malaysia Airlines Penerbangan MH370 yang hilang, kata Pusat Penyelarasan Agensi Bersama (JACC) hari ini.

Ia juga memberi jaminan negara itu akan terus bekerjasama dengan kerajaan Malaysia dan China demi untuk keluarga penumpang dan anak kapal pesawat itu dan kalangan mereka yang menggunakan perkhidmatan kapal terbang.

“Kami faham anggota keluarga kepada mereka yang berada dalam pesawat MH370 sedang mengalami kesedihan yang amat sangat, lebih-lebih lagi tanpa tahu punca pesawat itu hilang.

“Memberi sokongan kepada anggota keluarga terbabit, terutama pada saat sukar ini akan terus menjadi keutamaan,” menurut JACC dalam kenyataan yang dikeluarkan di sini hari ini.

Kenyataan itu dikeluarkan berikutan pengumuman oleh kerajaan Malaysia semalam bahawa kehilangan MH370 diisytiharkan sebagai nahas dan kesemua 239 penumpang dan anak kapal dianggap telah terkorban.


Penerbangan MH370 hilang daripada imbasan radar pada 8 Mac tahun lepas ketika dalam perjalanan dari Kuala Lumpur ke Beijing, membawa 227 penumpang dan 12 anak kapal.

Sebanyak 153 orang daripada penumpang merupakan warga China; 38 warga Malaysia; tujuh warga Indonesia dan enam warga Australia.

Pesawat Boeing 777 itu masih belum ditemukan, malahan selepas misi mencari besar-besaran digerakkan di selatan Lautan Hindi, tempat ia dipercayai terjatuh selepas melencong daripada laluan. – BERNAMA

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori