Friday, October 25, 2024

Creating liberating content

Polis Tekad Buru Blogger...

Pihak polis bertekad untuk terus memburu blogger seks Alvin Tan sehingga dia berjaya...

Scarlett Johansson Selamat Bersalin...

PELAKON seksi, Scarlett Johannson dan tunangnya, Romain Duariac selamat menimang cahaya mata perempuan,...

Belanjawan 2021 Kementerian Kesihatan...

KUALA LUMPUR - Rang Undang-Undang (RUU) Perbekalan (Belanjawan) 2021 peringkat Jawatankuasa bagi Kementerian...

Petisyen Pembangkang Mahu AS...

WASHINGTON DC - Publisiti pihak pembangkang khasnya Pakatan Harapan diketuai DAP, memang 'riuh'...

Awas Zakar Lelaki Jika Isteri Tidur Posisi Atas Tubuh Suami

BAGI pasangan telah lama berkahwin, mungkin pelbagai posisi sudah biasa dilakukan ketika bersama teman hidup dan ia lebih teruja bagi mereka yang baharu sahaja mendirikan ‘masjid’ atau mahligai perkahwinan.

Namun, kajian terbaharu saintis Britain mendapati, kedudukan ketika melakukan seks juga boleh menyebabkan alat sulit lelaki atau zakar rosak dan lebih parah jika ia patah; sekali gus hilanglah maruah si tuan punya tubuh berkenaan.

Akhbar berpengaruh Britain, The Telegraph melaporkan, kajian diterbitkan menerusi jurnal Advances in Urology mendedahkan posisi wanita berada di atas atau disebut ‘woman on top’ paling berisiko kepada zakar lelaki.

Kedudukan bersetubuh tersebut yang juga popular dikenali sebagai ‘cowgirl style’ itu mencatatkan 50 peratus punca utama batang kemaluan lelaki rosak berbanding aksi ‘doggy style’ yang sekadar merekodkan 29 peratus kecederaan.

Sebaliknya kajian lanjut itu mendapati posisi paling kurang berisiko secara semula jadi ialah kedudukan tubuh lelaki berada di atas dengan suami menindih badan si isteri di bawahnya atau disebut juga sebagai ‘missionary style’.

Malah kaedah paling asas itu turut disarankan menerusi panduan seks India purba tertua di dunia, Kamasutra yang diasaskan sejak tahun 400 Sebelum Masihi dan jadi rujukan popular ramai pakar seksologi seluruh dunia hingga kini.


Doktor sakit tuan dan penyelidik akademik merumuskan, posisi wanita di atas lelaki boleh menyebabkan si isteri lebih mengawal pergerakan dengan seluruh beban tubuh menekan lelaki, sekali gus menyebabkan zakar suami mudah cedera. – Agensi/MYNEWSHUB

(DISYORKAN BACA DAN MENARIK – Lagi Sikit Minah Ni Kena Rogol Atas Meja Makan KFC!)

 

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori