Thursday, October 24, 2024

Creating liberating content

Keadaan Banjir Di Melaka...

ALOR GAJAH : Keadaan banjir di Melaka semakin pulih selepas tujuh daripada 23...

Nak Demo Bersih PRU,...

SUDAHLAH ini merupakan perhimpunan haram, rata-rata peserta Bersih 4.0 menunjukkan pula sikap tidak...

Penggunaan Sistem RFID Berjalan...

Kuala Lumpur : Penggunaan sistem teknologi Identifikasi Frekuensi Radio (RFID) di Plaza Tol...

Bajet 2017 Tambah Baik...

SEMPORNA - Aset dua Pangkalan Laut di perairan timur Sabah akan ditambah baik...

Ayai (Illusi) Juara Gegar Vaganza, Rangkul RM100,000

KUALA LUMPUR – Penyanyi Ayai (Illusi) diumumkan sebagai juara pertandingan akhir program Gegar Vaganza yang diadakan secara langsung di Dewan Sri Putra, Bukit Jalil di sini pada Ahad.

Ayai berjaya menewaskan lima peserta akhir lain iaitu Ifa Raziah, Fazli Zainal, Haleeda, Rahmad (Mega) dan Mamat Exist sekali gus berjaya membawa pulang wang tunai sebanyak RM100,000 dan sebuah trofi.

Penyanyi itu memberikan persembahan mantap membawakan lagu Jangan Kau Rayu (Rahim Maarof) dan Semangat Lamina (Lefthanded) serta Kalau Aku Kaya berduet dengan Rahmad.

“Berada di peringkat akhir sudah membuatkan saya berasa syukur kerana mampu berada sehingga ke tahap ini.

“Saya pun tidak sangka boleh menang kerana saingannya hebat-hebat belaka. Moga kejayaan ini membuka ruang untuk kembali lebih aktif dalam industri muzik tempatan,” katanya.

Sementara itu tempat kedua dimenangi oleh Haleeda dengan mendapat wang tunai sebanyak RM30,000 manakala Mamat (Exist) mendapat tempat ketiga, menerima wang tunai RM15,000.

Penyanyi Rahmad pula mendapat tempat keempat menerima wang tunai sebanyak RM10,000 dan tempat kelima dimenangi Ifa Raziah, membawa pulang RM5,000.

Walaupun berada di tempat akhir, Fazli Zainal tetap membawa pulang hadiah wang tunai sebanyak RM3,000.

Dalam pada itu persembahan terbaik pilihan penonton dimenangi oleh Mamat (Exist) yang menerima wang tunai RM5,000.


Kesemua peserta turut menerima trofi masing-masing.

Hadiah disampaikan oleh pengasas Pamoga Vida Beauty Qu Puteh, Datuk Seri Dr. Vida, Naib Presiden Bahagian Perniagaan Melayu Astro, Khairul Anwar Salleh dan Pengurus SaluranAstro Ria, Raqim Ahmad Ramli.

Sepanjang tujuh minggu Gegar Vaganza bersiaran, enam penyanyi lain yang turut terlibat dengan pertandingan itu ialah menyertai pertandingan tersebut iaitu Hasnol, Sam (Innuendo), Shima, Sharifah Zarina, Nadia dan Adilla.

Juri tetap yang terlibat ialah Datuk Ramli MS dan Datuk Khadijah Ibrahim dan dua juri jemputan iaitu Mamat Khalid dan Datuk Rosyam Nor.

Para peserta akan diadili sepenuhnya berdasarkan sistem pemarkahan 100 peratus oleh pihak juri.

Gegar Vaganza bersiaran sejak 16 November 2014, setiap Ahad, pukul 9 malam di saluran Astro Ria (104) dan Maya HD (135).

Program tersebut dihoskan oleh Nabil Ahmad dan Jihan Muse. – mStar Online

https://www.youtube.com/watch?v=PGb_SWPkjt8

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori