GEMPAR jadinya apabila seekor babi hutan tiba-tiba dilihat berada dalam Perpustakaan Digital Siti Hasmah yang terletak dalam kampus Universiti Multimedia (MMU) di Cyberjaya, Selangor.
Salah seorang penuntut yang sedang mengulangi kaji pelajaran di sana, terkejut besar tatkala melihat haiwan liar tersebut sedang berlegar-legar dalam perpustakaan itu.
Penuntut tersebut kemudiannya merakam gambar haiwan liar tersebut sebelum memuatnaiknya di laman sosial.
Insiden tersebut serta merta mencuri perhatian hingga menjadi viral  ekoran ramai yang tidak menyangka haiwan liar itu boleh menceroboh masuk sampai ke dalam bangunan perpustakaan.
Rata-rata pengguna sosial berpendapat babi hutan tersebut mungkin tersesat lalu menceroboh masuk melalui tingkap, di mana terdapat kesan pecah dipercayai akibat tindakan haiwan liar itu.
Begitu pun ada juga yang menjadikan situasi ini sebagai bahan gurauan namun kebanyakannya menzahirkan perasaan terkejut. –MYNEWSHUB.CC
 VIDEO BABI HUTAN MENYERANG MANGSA (Tak ada kena mengena dengan artikel)
https://www.youtube.com/watch?v=TmrntDTLA40