Monday, January 20, 2025

Creating liberating content

Maszlee Mungkin Menteri Semula...

KUALA LUMPUR - “Sebaik sahaja Maszlee meninggalkan kabinet perdana menteri sedia ada, beliau...

Malaysia Tempah 87.9 Juta...

KUALA LUMPUR - Sebanyak 87.9 juta dos vaksin ditempah oleh Kementerian Kesihatan (KKM)...

Morais Tak Puas Hati...

JOHOR BAHRU – Ketua Jurulatih Kelab Bola Sepak Johor Darul Ta’zim (JDT), Ulisses...

Seorang Warga Malaysia Cedera...

PUTRAJAYA: Kementerian Luar mengesahkan hanya seorang warga Malaysia yang cedera akibat insiden rempuhan...

Badan Utama Pesawat AirAsia Masih Belum Ditemui – BASARNAS

Laporan terkini daripada Ketua Badan Mencari Dan Menyelamat Nasional (BASARNAS) Bambang Soelistyo menyebutkan bangkai utama pesawat AirAsia QZ8501 masih belum lagi ditemui berbeza seperti dilaporkan awal tadi.

Beliau mengesahkan hanya enjin pesawat, bahagian sayap dan sebahagian ekornya sahaja sudah ditemui.

Pada awalnya tadi, BASARNAS mendakwa sudah menemui lokasi bangkai utama pesawat AirAsia yang terhempas bulan lepas di Laut Jawa dan mengatakan proses mengapungkan badan pesawat akan dijalankan tidak lama lagi.

BACA – BASARNAS Sudah Temui Bangkai Utama Pesawat AirAsia

Lapor Bambang juga, ramai mayat yang terperangkap juga sudah dikesan, memetik laporan Detik.com.

Kenyataan berkaitan laporan badan utama pesawat masih belum ditemui itu dibuat BASARNAS pada kira-kira pukul 5.10 petang waktu Indonesia.


Petikan laporan langsung laman web Channel News Asia yang memaparkan laporan berkaitan bangkai utama pesawat AirAsia sebenarnya masih belum ditemui.
Petikan laporan langsung laman web Channel News Asia yang memaparkan laporan berkaitan bangkai utama pesawat AirAsia sebenarnya masih belum ditemui.

Beliau berkata, BASARNAS akan terus menyambung operasi mencari dan mengeluarkan mayat serta bangkai pesawat AirAsia itu seperti yang dijanjikan.

Pesawat QZ8501 jenis Airbus 320-200 terhempas ketika dalam penerbangan dari Surabaya ke Singapura membawa bersama 162 orang penumpang dan anak kapal.

Kesemua yang berada di dalam pesawat itu terkorban dalam nahas berkenaan yang didakwa berlaku akibat kegagalan juruterbang pesawat mengelak cuaca buruk. – MYNEWSHUB.CC

Video Proses Mengapungkan Bahagian Ekor AirAsia

http://youtu.be/D_iEWf9IuP0

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori