Monday, November 25, 2024

Creating liberating content

Bapa Angkat Rogol, Buat...

MOSCOW - Seorang lelaki yang menjadi bapa angkat kepada anak-anak yatim didakwa atas...

“Hati Saya Dah Mula...

Petikan dari FB Najib RazakSEMALAM seorang menteri PN kata "Ibu bapa jangan risau,...

Nasi Campur RM100 Di...

KUANTAN - Kementerian Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan (KPDNKK) Pahang mengesahkan kedai...

SPRM Bertindak Individu Disiasat...

PUTRAJAYA - Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) hari ini memberi amaran untuk mengambil...

Bagai Dirasuk Hantu, Serang Adik Guna Parang

KUALA TERENGGANU – Seorang lelaki gagal mengawal emosinya apabila bertindak seperti dirasuk hantu menyerang adik lelakinya dengan sebilah parang hanya kerana perselisihan faham kecil, dalam satu kejadian di Kampung Che Long Dusun Melintang, di sini, Jumaat lalu.

Dalam kejadian kira-kira jam 2 petang itu, mangsa berusia 23 tahun bernasib baik apabila sempat mengelak serangan suspek, 30-an, sebelum masuk ke dalam rumah menyelamatkan dirinya.

Menurut sumber, sebelum insiden itu berlaku pertengkaran mulut antara dua beradik tersebut selepas berlaku perselisihan faham dan suspek dikatakan semakin naik angin selepas melihat mangsa tidak mahu mengalah dengannya.

Katanya, pergaduhan antara dua beradik itu berlarutan dan bertukar lebih serius apabila suspek tiba-tiba bertindak mengambil sebilah parang yang ada di dalam rumah sebelum mengayunkan senjata itu ke arah adiknya.

“Melihat keadaan abangnya yang bagaikan dirasuk hantu itu, mangsa segera melarikan diri dengan masuk ke dalam rumah untuk mencari sesuatu bagi mempertahankan dirinya daripada serangan suspek.

“Suspek yang masih tidak berpuas hati dengan tindakan adiknya yang melarikan diri itu turut mengeluarkan kata-kata kesat sambil mengugut akan mencederakan mangsa di luar kawasan rumah jika tidak dapat mencederakan mangsa di rumah mereka.


“Ketika itu, mangsa hanya mendiamkan diri di dalam rumah dan tidak membalas kata-kata abangnya kerana bimbang kejadian menjadi lebih buruk,” katanya.

Walaupun tidak mengalami sebarang kecederaan akibat kejadian itu, mangsa mengambil keputusan membuat laporan di Balai Polis Chabang Tiga, di sini, untuk tindakan susulan.

Sementara itu, Ketua Polis Daerah Kuala Terengganu, Asisten Komisioner Idris Ab Rafar yang dihubungi mengesahkan ada menerima laporan kejadian dan siasatan lanjut sedang dijalankan. – Sinar Harian Online

https://www.youtube.com/watch?v=FDSCq3Moqhg

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori