Monday, October 14, 2024

Creating liberating content

Kanser Punca 13% Kematian...

KUALA LUMPUR - Kanser menyumbang sebanyak 13.56 peratus kematian di Malaysia tahun lepas,...

Gubal Segera Dasar Pendidikan...

KUALA LUMPUR - Dasar Pendidikan Tahfiz Negara mendapat perhatian beberapa perwakilan yang membahaskan...

Kekal Akta Hasutan 1948,...

KUALA LUMPUR - Langkah kerajaan untuk mengekalkan Akta Hasutan 1948 dan penambahbaikannya perlu...

Fizikal Kanak-Kanak Tapi Sudah...

JIKA dilihat pada pandangan mata kasar, dia umpama kanak-kanak namun hakikatnya Wang Tianfang...

Bajet 2015 Tidak Perlu Dibentangkan Semula

KUALA LUMPUR – Bajet 2015 tidak perlu dibentangkan semula kerana langkah-langkah seperti yang diumumkan dalam perutusan khas oleh Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak pada 20 Januari lalu tidak melibatkan sebarang perbelanjaan tambahan.

Kementerian Kewangan berkata, Bajet 2015 juga tidak perlu dibentangkan semula di Parlimen memandangkan langkah-langkah itu tidak melebihi siling peruntukan yang telah diluluskan oleh Parlimen sebelum ini.

“Sebagai Kerajaan yang bertanggungjawab, Kementerian Kewangan akan terus memantau perkembangan global dan kesannya ke atas ekonomi domestik.

“Sebarang pertanyaan dan penjelasan lanjut mengenai Perutusan Khas boleh diajukan kepada Kementerian Kewangan di e-mel [email protected],” kata kenyataan itu hari ini.

Kenyataan itu dikeluarkan berikutan pelbagai artikel dan komen yang disiarkan menerusi media berhubung Perutusan Khas Tentang Perkembangan Ekonomi Semasa serta Kedudukan Kewangan Negara oleh Perdana Menteri di Pusat Konvensyen Antarabangsa Putrajaya (PICC) di sini baru-baru ini.

Kementerian Kewangan turut menjelaskan, Bajet 2015 digubal berdasarkan kepada harga minyak mentah tapis pada USD105 setong.

Menurut kenyataan itu, minyak mentah tapis lazimnya mempunyai premium kira-kira USD5 setong melebihi harga Dated Brent yang merupakan penanda aras global.


Namun, kata kenyataan itu, rujukan dibuat berdasarkan Dated Brent pada kadar USD100 setong memandangkan terdapat keperluan memantau harga minyak mentah secara terperinci berikutan kejatuhannya yang berterusan.

Jelas kenyataan itu, kerajaan telah menyemak semula anggaran purata harga Dated Brent kepada USD55 setong pada 2015 semasa perutusan khas Perdana Menteri tersebut.

“Perbelanjaan pembangunan sebanyak RM50.5 bilion dalam Bajet 2015 merangkumi RM48.5 bilion untuk perbelanjaan pembangunan dan RM2 bilion bagi simpanan luar jangka.

“Simpanan luar jangka ini diperuntukkan bagi perbelanjaan mendesak dan di luar jangkaan yang tiada peruntukan sedia ada. Simpanan ini hanya dikategorikan sebagai perbelanjaan apabila simpanan ini digunakan. Oleh itu, simpanan ini tidak diambil kira dalam pengiraan defisit fiskal,” jelas kenyataan itu.

Kementerian Kewangan turut memaklumkan, defisit bagi tahun 2015 pada awalnya dianggarkan sebanyak RM35.7 bilion atau 3 peratus daripada Keluaran Dalam Negeri Kasar (KDNK).

Bunjuran pertumbuhan KDNK yang disemak semula bagi tahun 2015 iaitu 4.5 hingga 5.5 peratus dan kadar defisit kini dianggarkan 3.2 peratus daripada KDNK atau RM37 bilion. – mynewshub.cc

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori