OK ini memang video tahun lepas tapi kami rasa amat kelakar untuk dikongsikan, kalau tak menarik tak adalah jumlah view bagi video ini mencecah lebih 5 juta kan.
Pada masa sama, ia memberi pengajaran terutama buat kaum hawa yang sedang mengandung nak-nak dah ‘dekat hari’ tu supaya jangan galak sangat..
Dalam video ini, seorang lelaki kelihatan merakam pasangannya, seorang ibu muda yang sedang sarat mengandung namun berdegil mahu melakukan kerja rumah walaupun sudah dipesan supaya berehat sahaja.
Bakal ibu yang jelas mempunyai perangai gila-gila itu bukan sahaja enggan duduk berehat malah mula menggoyangkan badannya mengikut lagu yang dipasang selepas itu.
Makin lama makin semangat wanita itu menari walaupun pasangannya beberapa kali memberi isyarat supaya dia menghentikan perbuatan itu. Akhirnya si lelaki ikut sama tertawa melihat aksinya namun ketawa mereka berdua terhenti selepas dengan muka berkerut ibu muda ini memberitahu air ketubannya sudah pecah.
Apa lagi kelam kabutlah pasangan tersebut kerana itu petanda bayi dah nak keluar sangat!
Apa pun, bagi mereka yang telah tertawa menonton video di atas, pada masa sama anda tentu tertanya-tanya apa jadi pada bayi dalam kandungan dan ibunya yang pecah air ketuban ketika sedang galak menari tu kan?
Taraa! Di bawah kami muatkan video yang menunjukkan bayi dalam kandungan tersebut..
Namun jika anda tonton hingga ke penyudah video ini, happy ending selepas bayi ini dilahirkan tidak kekal selamanya.
Ibunya, gadis muda dalam video pertama yang dilihat begitu ceria itu telah diduga dengan beberapa episod duka dalam hidup termasuk ditinggalkan lelaki yang disayangi lalu terlibat dengan penyalahgunaan dadah dan akhirnya tertangkap ketika menjadi pelacur untuk menampung hidup.
Dia mempunyai 4 anak yang semuanya tak mampu dibela dan terpisah satu sama lain, sementara dia sendiri hidup melarat kerana tidak lagi mempunyai rumah sekali pun.
Rata-rata yang mengenali ibu bayi ini mengakui dia sememangnya seorang yang ceria dan kelakar namun tekanan hidup akhirnya memusnahkan diri sekaligus membuatkan dia kehilangan segala-galanya.
Justeru RedCowHillsTV yang memuatnaik klip video ini mengalu-alukan sumbangan dari segi kaunseling, pakaian dan derma daripada penonton untuk kembalikan kehidupan ibu malang tersebut bersama anak-anaknya. -MYNEWSHUB
Oleh: Rem Ramzi