Friday, October 25, 2024

Creating liberating content

Landasan Elektrik Gemas-JB Mula...

JOHOR BAHRU – Kerja-kerja pembinaan Projek Landasan Berkembar Elektrik Gemas-Johor Bahru akan bermula...

Sultan Ibrahim Diberikan Taklimat...

KUALA LUMPUR - Sultan Johor, Sultan Ibrahim Iskandar hari ini menerima mengadap Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Parlimen & Undang-Undang), Datuk Seri Dr. Wan Junaidi Tuanku Jaafar.

PM Kena Cakap Di...

PELIK... Tindakan Pejabat Perdana Menteri keluar kenyataan konon pihak kerajaan tidak perakui Konvensyen...

Sultan Mizan Gesa Tangani...

KUALA NERUS - Sultan Terengganu Sultan Mizan Zainal Abidin bertitah pemikiran yang dibawa...

Bandar Jakarta Dinaiki Banjir Kilat Hari Ini

BEBERAPA kawasan di bandar Jakarta dilanda bencana banjir awal pagi tadi ekoran hujan lebat yang turun sejak semalam.

Susulan bencana alam yang melanda itu telah menyebabkan berlakunya kesesakan lalu lintas menuju jalan ke pusat bandar raya utama Indonesia itu.

Memetik laporan media Indonesia MetroTV, antara kawasan yang dinaiki air ialah kawasan Jakarta Utara termasuk kawasan perumahan elit
iaitu Kelapa Gading selain daerah Tanjung Priuk, Cilincing, Plumpang Semper, Sunter, Rawa Binangun dan Rawa Badak Utara.

Sementara di bahagian Jakarta Barat pula, kawasan Ciledug, Tangerang dengan Jl. Raya Caplin Taman Asri, Ciledug dinaiki air setinggi
20-30 cm.


Pada masa yang sama, ada yang mendakwa masalah banjir yang berlaku di Jakarta ini turut dikaitkan berpunca dari masalah sistem
perparitan dan sungai yang tersumbat dengan pembuangan sampah sarap.

Setakat ini, Badan Meteorologi, Klimatologi, dan Geofisika meramalkan musim hujan yang berlaku di Jakarta akan berakhir pertengahan
Februari ini. – MYNEWSHUB.CC
https://www.youtube.com/watch?v=QYcoVSYrDuk

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori