Sunday, October 27, 2024

Creating liberating content

Pelaburan, Perdagangan Bebas Menjelang...

MANILA - Negara anggota Kerjasama Ekonomi Asia Pasifik (APEC) perlu mengekalkan keutamaan paling...

‘Saya Sudah Temui Kekuatan...

KUALA LUMPUR - "Saya okay. Ia bukan pengakhiran hidup apabila kembali sendiri," demikian...

Donald Trump Dipermainkan Di...

Calon presiden Amerika Syarikat, Donald Trump telah menjadi bahan jenaka apabila ada pengguna...

Jangan Terpedaya Dengan Pakej...

KUALA LUMPUR - Lembaga Tabung Haji (TH) menegaskan cuma 20 syarikat pelancongan tempatan...

Banjir: 19 Sekolah Di Perak Dibuka Hari Ini

IPOH – Kesemua 19 sekolah di Perak, yang terpaksa menunda sesi persekolahan 2015 selama seminggu kerana dilanda banjir atau dijadikan pusat pemindahan, memulakan sesi pembelajaran hari ini.

Pengerusi Jawatankuasa Pendidikan, Sains, Alam Sekitar dan Teknologi Hijau Negeri, Datuk Dr Muhammad Amin Zakaria berkata, pada 14 Januari lepas, mesyuarat dengan semua pengetua dan guru besar dari sekolah berkenaan memutuskan semua sekolah itu beroperasi semula hari ini.

“Ketua-ketua sektor Jabatan Pelajaran Negeri dan ketua Pejabat Pelajaran Daerah turun padang membantu (persediaan) sekolah terlibat banjir bagi memastikan ia boleh beroperasi hari ini,” katanya ketika dihubungi Bernama hari ini.

Sebelum ini, Ketua Pengarah Pelajaran, Datuk Seri Dr Khair Mohamad Yusof mengumumkan 41 sekolah termasuk 19 sekolah di Perak yang terbabit banjir dibenarkan menunda sesi persekolahan 2015 selama seminggu lagi iaitu dari 11 hingga 15 Jan bagi Kelantan dan 12 hingga 16 Jan bagi Perak dan Pahang.

Kesemua sekolah di Perak Tengah dan Manjung yang memulakan sesi persekolahan hari ini ialah Sekolah Kebangsaan (SK) Bandar, SK Bandar Tua, SK Pulau Tiga Kiri, SK Tok Pelita, SK Lambor Kanan, SK Tanjung Bidara, SK Pasir Panjang Hulu, SK Pulau Juar, SK Selat Pulau, SK Changkat Banjar, SK Pasir Kubu dan SK Teluk Kepayang.


Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Sultan Muzaffar Shah 1, SMK Sungai Ranggam, SMK Dato Maharajalela, SABK Ehyak Diniah, SMK Lambor Kiri, SK Kayan dan SJK (T) Kayan juga dibuka hari ini.

Muhammad Amin berkata keadaan banjir sudah reda di beberapa lokasi namun, laluan ke SK Pulau Juar dekat Kampung Gajah di sini, masih dinaiki air.

“Pihak sekolah, Pejabat Pendidikan Daerah Perak Tengah serta Persatuan Ibu Bapa dan Guru memberi komiten menyediakan pengangkutan untuk murid ke sekolah kerana terpaksa melalui kawasan berair itu,” katanya. – BERNAMA

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori