Sunday, October 27, 2024

Creating liberating content

Badut Jadi Calon Pilihan...

BOSTON - Seorang badut antara calon yang bakal bertanding dalam pilihan raya ahli...

EU Bayar Rusia RM4.5...

BRUSSELS – Ketua Hal Ehwal Luar Kesatuan Eropah (EU), Josep Borrell membuat pengakuan...

Laluan Di Jalan Medang...

KUALA LUMPUR - Laluan di Jalan Medang Tanduk, Bukit Bandaraya di sini yang...

Datuk Bandar London Pekena...

Dalam kesibukan pagi warga kota di sekitar Dataran Merdeka, Pasar Seni dan Masjid Jamek,...

Banjir: Alam Flora Lupus 22,825 Tan Sampah Di Kelantan

KUALA LUMPUR – Alam Flora Sdn. Bhd. (Alam Flora) mengutip sampah sebanyak 2,000 tan sehari di kawasan terjejas banjir di Kelantan sejak 9 Januari lalu.

Ketua Pegawai Eksekutif Alam Flora, Mohd. Zain Hassan berkata, bilangan keseluruhan sampah yang dilupuskan sejak tarikh itu pula sebanyak 22,825 tan.

“Alam Flora memulakan tugas membersihkan sampah di kawasan bencana banjir di Kelantan sejak 9 Januari 2015.

“Sehingga kini kami telah melupuskan 22,825 tan sampah dan sisa pepejal lain di seluruh Kelantan,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Mohd. Zain berkata, Alam Flora mennghantar sebanyak 104 kenderaan dan 303 pekerja bagi membantu membersih, mengumpul dan melupus sampah di Kelantan.


Sementara itu, Ketua Setiausaha Kesejahteraan Bandar, Perumahan dan Kerajaan Tempatan, Datuk Seri Arpah Abdul Razak berkata, beliau mahu pihak berkuasa tempatan (PBT) dan Alam Flora lebih peka terhadap longgokan sampah di tepi-tepi jalan di kawasan banjir.

Beliau turut mengarahkan sampah dan sisa pepejal yang diletakkan di tapak pelupusan sementara dipindahkan segera ke tapak pelupusan yang sebenarnya bagi mengelakkan masalah lain kepada orang ramai.

Katanya, penduduk di kawasan terjejas banjir diminta tidak memasuki kawasan tapak pelupusan sampah bagi mengelak mereka terkena jangkitan penyakit dan kecederaan. – mynewshub.cc

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori