Monday, November 25, 2024

Creating liberating content

Ketua Samseng Bebas Tuduhan...

MARSEILLE - Seorang ketua kumpulan penjenayah di selatan Perancis dibebaskan daripada tuduhan terbabit...

Kelantan Lakar Kemenangan Besar...

KOTA BAHARU - Kelantan memanfaatkan kelebihan beraksi di laman sendiri apabila membelasah pasukan...

Usahawan Tempatan Perlu Kuasai...

IPOH - Usahawan tempatan khususnya Perusahaan Kecil dan Sederhana (PKS) perlu terus menguasai...

Bot Tunda Karam, Tiga...

KOTA KINABALU: Tiga kru bot tunda dilaporkan hilang dalam kejadian bot karam yang...

Banjir: Anak Pasangan Suami Isteri Bakal Terima Biasiswa

KISAH pasangan suami isteri dilaporkan meninggal dunia akibat dihanyutkan arus deras ekoran bot yang dinaiki terbalik mencetuskan hiba dan pilu buat rakyat Malaysia yang mendengarnya.

Apatah lagi, isterinya yang merupakan seorang pendidik dikhabarkan pulang semula ke rumahnya untuk mengambil kertas jawapan peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM).

Lebih menyayat hati, mengenang nasib anak-anak pasangan suami isteri ini yang masih kecil sudah hilang kasih sayang ibu bapa dan tempat pergantungan dengan sekelip mata apabila ibu bapa mereka disahkan meninggal dunia.

Enam beradik malang tersebut ialah Nor Syafiqah Syahira, 12; Nor Izah Insyirah, 11; Muhammad Ifran Irshad, 9; Nur Intisar Iedihar, 6; Muhammad Aqil Amsyar, 4; dan Nor Adifa Arissa, empat bulan.

mbtrg yatim

Namun, atas keprihatinan kerajaan negeri Terengganu, keenam-enam anak pasangan suami isteri itu bakal menerima biasiswa pendidikan sehingga mereka mendapat pekerjaan.

Ini sekaligus dilihat mampu meringgankan sedikit beban dan penderitaan enam adik-beradik tersebut.

Memetik laporan Harian Metro, Menteri Besar Datuk Ahmad Razif Abdul Rahman berkata, mulai bulan ini mereka akan menerima biasiswa bulanan setiap seorang melalui Yayasan Terengganu bernilai RM70 untuk yang bersekolah menengah dan RM50 di sekolah rendah.


“Pengumuman ini dibuat kerana saya begitu tersentuh dengan pengorbanan ibu mereka yang juga seorang guru sehingga ke akhir hayatnya,” ujarnya.

Sementara itu, kerajaan negeri turut menawarkan enam beradik itu tinggal di asrama Yayasan Terengganu secara percuma.

Menyingkap disebalik kejadian, Nur Hayati Sulong, 37, dan suaminya Suhaimi Awang, 37, dihanyutkan arus deras selepas bot dinaiki mereka terbalik di Kampung Geliga Che Akob, Chukai pada 24 Disember lalu.

Mayat Nur Hayati temui dua hari kemudian manakala suaminya ditemui keesokan hari oleh pasukan penyelamat.- MYNEWSHUB.CC

 

VIDEO TINJAUAN BANJIR 

Oleh: FARAH

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori