Saturday, November 23, 2024

Creating liberating content

Kehadiran MP Bukan Isu...

KUALA LUMPUR - Yang di-Pertua Dewan Rakyat, Datuk Mohamad Ariff Md Yusof berkata...

Gimnas Britain Persenda Ritual...

GIMNAS Britain, Louis Smith yang menghina umat Islam dengan mempersenda ritual ibadah solat...

Jumpa Kepala, Kaki Wartawan...

PENYELAM dikejutkan dengan penemuan kepala, kaki dan pakaian dipercayai milik seorang wartawan, Kim...

Damien Chazelle Pengarah Termuda...

LOS ANGELES: Damien Chazelle, 32, melakar sejarah menjadi penerima Oscar paling muda bagi...

Bayaran Pinjaman Pembiayaan KKLW Ditangguh 6 Bulan

PASIR SALAK – Menteri Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah, Datuk Seri Mohd. Shafie Apdal menyatakan bayaran balik pinjaman bagi pembiayaan di bawah Kementerian Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah (KKLW) untuk mangsa banjir diberi penangguhan enam bulan.

Beliau berkata, penangguhan itu dibuat bagi meringankan beban mangsa banjir.

“Kami putuskan bayaran pinjaman dilanjutkan enam bulan untuk mereka membayar balik, ia termasuklah peminjam-peminjam Mara dan usahawan Skim Pembiayaan Ekonomi Desa (SPED).

“Kita juga meminta semua agensi-agensi lain untuk memberikan penangguhan,” katanya kepada pemberita selepas melawat Kampung Pasir Salak dan menyampaikan bantuan kepada mangsa banjir di kampung itu di sini, hari ini.


Pada masa sama, beliau turut mengumumkan sesi persekolahan Maktab Rendah Sains Mara (MRSM) Pasir Salak ditangguhkan selama seminggu lagi dan akan dibuka pada 19 Januari ini.

“Untuk kemudahan masyarakat setempat kita tangguh sesi persekolahan di MRSM selama seminggu lagi. Ini kerana MRSM masih diguna pakai sebagai pusat pemindahan mangsa banjir,” katanya. – BERNAMA

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori