Sunday, October 27, 2024

Creating liberating content

Pertemuan Khairy-FAM Belum Capai...

PUTRAJAYA - Keputusan mengenai formula baharu bagi memulihkan prestasi bola sepak negara masih...

Laporan Kronologi Kes Pensyarah...

SHAH ALAM: Universiti Teknologi Mara (UiTM) membuat laporan polis selepas laporan kronologi yang...

Sesuaikan SOP PKPB Dengan...

PUTRAJAYA - Kerajaan negeri boleh menyesuaikan prosedur standard operasi (SOP) pelaksanaan Perintah Kawalan...

Laporan Palsu Geng Bersenjata...

KOTA KINABALU - Pesuruhjaya Polis Sabah, Datuk Ramli Din berkata pihaknya pernah menerima...

Mangsa Banjir Boleh Guna Akaun 2 KWSP Beli, Baiki Rumah

KUALA LUMPUR – Mangsa bencana banjir boleh mengeluarkan simpanan dari Akaun 2 Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) untuk membeli rumah baharu atau membina semula rumah mereka yang rosak.

Jabatan Hal Ehwal Korporat KWSP dalam satu kenyataan media memberitahu, ahli KWSP terbabit mempunyai pilihan untuk membuat pengeluaran perumahan KWSP berdasarkan prosedur semasa KWSP.

“Bagi ahli yang tidak pernah membuat pengeluaran perumahan dan berhasrat membina semula kediaman yang musnah akibat banjir boleh berbuat demikian dengan memohon Pengeluaran Membeli atau Membina Rumah.

“Pengeluaran untuk membeli atau membina rumah Kedua dibenarkan sekiranya rumah pertama telah dijual atau berlaku pelupusan pemilikan,” kata kenyataan itu hari ini.

Jelas kenyataan itu, takrif pelupusan pemilikan bermaksud hilang pemilikan ke atas rumah pertama dimiliki melalui pengeluaran KWSP sebelum ini atas beberapa sebab.

Ia termasuk rumah musnah akibat bencana alam seperti banjir, gempa bumi dan tanah runtuh, kebakaran, projek rumah terbengkalai atau pembatalan pembelian rumah.


KWSP memaklumkan, mereka yang layak membuat pengeluaran membina rumah kedua perlu mendapatkan surat pengesahan daripada Majlis Perbandaran, Majlis Daerah atau Penghulu bahawa rumah pertama mereka melalui Pengeluaran Perumahan KWSP telah musnah akibat banjir baru-baru ini.

Kata kenyataan itu, KWSP akan membuat penilaian rumah dan mengesahkan jumlah yang diperlukan untuk membeli atau membina semula kediaman tersebut serta menyemak baki simpanan Akaun 2 pemohon terlebih dahulu.

“Kelayakan untuk membuat pengeluaran adalah tertakluk kepada terma dan syarat-syarat lain yang ditetapkan.

“Ahli boleh mengunjungi mana-mana cawangan KWSP atau melayari laman web KWSP di www.kwsp.gov.my atau menghubungi Pusat Panggilan KWSP di 03-8922 6000 untuk maklumat lanjut,” kata kenyataan itu. -MYNEWSHUB.CC

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori