Sunday, October 27, 2024

Creating liberating content

Isu Dana Asing: Azwanddin...

KUALA LUMPUR ā€“ Presiden Jaringan Melayu Malaysia (JMM), Datuk Azwanddin Hamzah hari ini...

Mahathir Dijemput, Bukan Tiba...

BERTALU-TALU pentaksub dan penyokong Tun Dr. Mahathir Mohamad mengutuk Dr. Kamarul Zaman Yusoff...

Lucu… Guna ‘Wife’ Jiran...

CUBA bayangkan, tiba-tiba jiran anda memberi sms untuk minta maaf kerana sudah terlanjur...

PAN Mahu Bertanding Pada...

SHAH ALAM - Pemuda Parti Amanah Negara (PAN) Selangor mahu parti itu diberi...

Banjir: Kakitangan Kementerian Kesihatan Rugi RM70 Juta

KUALA LUMPUR – Bencana banjir yang berlaku di beberapa negeri sejak bulan lalu turut menyebabkan kira-kira 6,000 kakitangan Kementerian Kesihatan mengalami kerugian sekitar RM70 juta.

Menteri Kesihatan, Datuk Seri Dr. S.Subramaniam berkata, kakitangan Kementerian Kesihatan yang terjejas terbabit di Kelantan, Terengganu, Pahang, Perak, Kedah, Perlis, Johor, Sabah dan Sarawak.

“Kerugian harta benda dan tempat tinggal warga Kementerian Kesihatan dianggarkan sekitar RM70 juga yang turut melibatkan barangan elektrik, perabot dan kenderaan,” katanya dalam satu kenyataan media hari ini.

Sehubungan itu, Subramaniam memaklumkan Kementerian Kesihatan melancarkan Tabung Bencana Mangsa Banjir Warga Kementerian Kesihatan menerusi Kempen Kutipan Derma RM10 Setiap Warga Kementerian Kesihatan.


Menurutnya, kempen yang bermula sejak 24 Disember tahun lalu berjaya mengumpulkan sebanyak RM321,500 dan kutipan sumbangan akan diteruskan bagi memastikan kakitangan Kementerian Kesihatan terlibat terus terpelihara.

Beliau bagaimanapun memberi jaminan komitmen kakitangan terbabit masih konsisten dalam memberikan perkhidmatan kesihatan kepada orang ramai. – mynewshub.cc

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori