Saturday, October 26, 2024

Creating liberating content

Tiada Pengesahan Dakwaan Penahanan...

KUALA LUMPUR - Tiada pihak dapat mengesahkan dakwaan bahawa ahli perniagaan Low Taek...

Tun M Jumpa Hindraf:...

TEMERLOH – Anggota Majlis Tertinggi UMNO Datuk Seri Abdul Azeez Abdul Rahim yakin...

Pesilat Umpama Angkatan Ketiga...

SERDANG - Semua pesilat dan pertubuhan silat adalah umpama angkatan ketiga yang mempertahankan...

Terowong Sepanggar Lonjak Operasi...

KOTA KINABALU - Terowong Sepanggar sepanjang 600 meter dengan kedua-dua hala mempunyai dua...

Banjir: Kerajaan PAS Kelantan Perlu Bertanggungjawab

KUALA LUMPUR – Kerajaan PAS Kelantan perlu bertanggungjawab ke atas kesengsaraan yang dialami rakyat negeri itu berikutan bencana banjir besar yang melanda Kelantan baru-baru ini.

Ahli Jawatankuasa Pusat Parti Sosialis Malaysia (PSM), Rani Rasiah berkata, kerajaan Kelantan perlu mengakui mereka kurang memberi perhatian terhadap kemusnahan alam semulajadi di negeri itu.

“Perjalanan dari Cameron Highlands melalui Lojing ke Gua Musang mendedahkan kerajaan PAS Kelantan tidak mengambil peduli dan kurang memberi perhatian terhadap alam semulajadi. Boleh dilihat gunung yang telah ditogelkan,” dakwanya dalam satu kenyataan media hari ini.

Rani mendakwa, senario itu juga menampakkan seolah-olah tidak ada undang-undang yang memerlukan syarikat-syarikat pembalakan untuk melakukan penanaman semula selepas menebang hasil hutan.


Dakwa beliau, rakyat Kelantan kini merana disebabkan sikap tidak bertanggungjawab kerajaan PAS negeri itu yang menyebabkan banjir lumpur di beberapa kawasan di negeri berkenaan.

“Kerajaan PAS Kelantan perlu membekukan semua pembangunan di kawasan bukit, mengkaji semula aktiviti pembalakan di negeri ini dan hanya membenarkan pemotongan pokok yang telah matang sahaja.

Katanya, kerajaan negeri itu perlu juga menghormati hak-hak tanah Orang Asli dan berhenti mengasingkan tanah adat mereka serta menstabilkan cerun yang rosak melalui program penanaman semula hutan – mynewshub.cc

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori