Thursday, October 24, 2024

Creating liberating content

Agenda Pengukuhan, Reformasi Parti...

KUALA LUMPUR - UMNO perlu memastikan agenda pengukuhan dan reformasi parti diteruskan walaupun...

Data Pelanggan Hotel Shangri-La...

SINGAPURA: Rangkaian hotel mewah Kumpulan Shangri-La memaklumkan pangkalan data pelanggannya di lapan negara...

Gempa Bumi Lemah Landa...

KUALA LUMPUR - Gempa bumi lemah berukuran 2.9 pada Skala Richter, melanda Ranau,...

Penjawat Awam Antara Dua...

KOTA KINABALU – Seorang kakitangan awam sebuah jabatan di Beaufort adalah antara dua...

Banjir: PM Care Dan SPNB Hantar Kumpulan Perubatan Ke Pahang

KUALA LUMPUR – Syarikat Perumahan Negara Berhad (SPNB) bersama-sama PM Care Sdn Bhd hari ini menghantar kumpulan perubatan bagi menyediakan pemeriksaan kesihatan dan rawatan percuma kepada mangsa banjir di Temerloh dan Jerantut, Pahang.

Ketua Bahagian Komunikasi Korporat SPNB Datuk Nurulhidayah Ahmad Zahid berkata kumpulan itu yang merangkumi 30 sukarelawan SPNB serta 12 kakitangan PM Care membawa bersama bekalan ubatan dan dua orang doktor.

“Satu kumpulan perubatan akan berada di Sekolah Kebangsaan Paya Pulai di Temerloh dari 11 pagi hingga 6 petang ini manakala satu lagi di kampung Tebing Tinggi di Jerantut yang akan turut membantu membersihkan rumah orang kampung.

“Kami turut membawa barangan seperti bantal, selimut dan keperluan peribadi untuk disumbangkan kepada lebih 160 keluarga yang menjadi mangsa banjir di sana (Kampung Tebing Tinggi),” katanya kepada pemberita pada majlis perlepasan kumpulan Misi Kemanusiaan CSR@SPNB Dengan PM Care di sini, hari ini.

Beliau berkata SPNB juga memberi bantuan kewangan RM1,000 kepada setiap kakitangannya yang terlibat dalam bencana itu. – BERNAMA

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori