Sunday, October 27, 2024

Creating liberating content

Polis Percaya Kevin Morais...

POLIS percaya Timbalan Pendakwa Raya, Anthony Kevin Morais yang dilaporkan hilang sejak Jumaat lalu ketika sedang...

Lebih 2 Hektar Hutan...

GEORGE TOWN - Lebih dua hektar hutan di kawasan antara Bukit Bendera ke...

Foto Elfira Melancong Di...

ELFIRA Loy boleh dikira bertuah kerana popularitinya sentiasa mencanak sejak bermula sebagai pelakon cilik hinggalah...

Buku Harapan Tak Halang...

PETALING JAYA - Seorang peguam, Mohamed Haniff Khatri Abdulla menolak anggapan bahawa Buku...

Banjir: Sektor Pertanian Kelantan Catat Kerugian RM105 Juta

KOTA BAHARU – Sektor pertanian di Kelantan mencatatkan kerugian kira-kira RM105 juta akibat banjir besar yang melanda negeri ini, kata Menteri Pertanian dan Industri Asas Tani Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob.

Beliau berkata bencana tersebut telah menjejaskan sejumlah 11,099 hektar tanah pertanian melibatkan 6,309 petani, penternak dan nelayan serta kemusnahan infrastruktur dan aset pertanian.

Katanya anggaran awal kerugian melibatkan tanaman padi sebanyak RM35 juta, buah-buahan (RM2.1 juta), sayur-sayuran (RM2.96 juta), ternakan (RM2.02 juta), akuakultur (RM20.1 juta), nelayan (RM1.107 juta) dan industri asas tani (RM12.4 juta).

Kemusnahan infrastruktur pula melibatkan kerugian RM26 juta manakala kerosakan aset seperti empangan mencecah RM2.5 juta, katanya kepada pemberita
selepas menyampaikan bantuan pasca banjir kementeriannya berjumlah RM3.5 juta dan merasmikan pasar tani pasca banjir di Pusat Transformasi Luar Bandar Tunjong di sini hari ini.

“Saya telah meminta Lembaga Kemajuan Pertanian Kemubu menggunakan wang simpanan sendiri bagi membaiki kerosakan infrastruktur tanpa menunggu kelulusan daripada Kementerian Kewangan,” katanya.

Beliau berkata kementeriannya juga akan bekerjasama dengan kerajaan pusat untuk memberi bantuan wang ihsan dan input pertanian kepada petani, penternak dan nelayan yang mengalami kerugian akibat musibah berkenaan.


“Kita memang ada Tabung Agro Bencana berjumlah RM50 juta, namun memandangkan kerugian dialami mereka sangat tinggi, kita akan mohon bantuan kerajaan pusat dalam hal ini bagi meringankan beban mangsa,” kata Ismail Sabri.

Beliau berkata walaupun kawasan pertanian banyak yang terjejas, namun ia tidak akan menyebabkan negara kekurangan beras kerana banyak padi yang sempat dituai sebelum banjir melanda negeri ini.

Sementara itu, sebanyak 11 pasar tani pasca banjir dibuka di negeri ini setiap dua kali seminggu, melibatkan jajahan Gua Musang, Kuala Krai, Tanah Merah dan Machang.

Pasar tani itu menawarkan diskaun sehingga 60 peratus bagi 32 barangan keperluan asas seperti beras, gula, minyak, telur dan sayur-sayuran. – BERNAMA

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori