Thursday, October 24, 2024

Creating liberating content

32 Insiden Libatkan Eskalator...

KUALA LUMPUR - Sebanyak 32 insiden membabitkan eskalator direkodkan di seluruh negara dari...

UMNO Sabah Tetap Pertahan...

KOTA KINABALU - UMNO Sabah mengulangi pendirian untuk terus mempertahankan kerajaan Gabungan Rakyat...

Disangka ‘Penjenayah’, Kim Woo...

MODEL dan aktor Korea Selatan, Kim Woo Bin mengalami detik hitam ketika berkunjung...

Video Pencuri Telefon Di...

Macam-macam berlaku akhir-akhir ini memperlihatkan sikap dan tingkah laku orang awam hingga sanggup...

Banjir Semakin Pulih Di 4 Negeri, Johor Tak Berubah

KUALA LUMPUR – Keadaan banjir di Kelantan semakin pulih dengan pusat pemindahan di dua daerah iaitu Tanah Merah dan Gua Musang telah ditutup manakala di Pahang, Perak dan Sabah, keadaan juga menunjukkan semakin baik.

Menurut Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) Kelantan, hanya tinggal 908 mangsa daripada 213 keluarga di 15 pusat pemindahan sehingga 8 pagi ini.

Sebanyak 878 mangsa daripada 205 keluarga masih berada di 14 pusat pemindahan di Kuala Krai, manakala 30 mangsa daripada lapan keluarga di satu pusat pemindahan di Machang.

Di PAHANG, jumlah mangsa berkurangan sedikit kepada 772 orang di dua pusat pemindahan di Temerloh berbanding 930 orang di tiga pusat pemindahan malam tadi.

Jurucakap Bilik Gerakan Banjir Ibu Pejabat Polis Kontinjen Pahang berkata dua pusat pemindahan yang masih beroperasi ialah Sekolah Kebangsaan Batu Kapor dan Sekolah Kebangsaan Desa Bakti.

Di PERAK, jumlah mangsa juga berkurangan kepada 1,605 orang daripada 438 keluarga berbanding 1,689 orang daripada 458 keluarga malam tadi.

Jurucakap Majlis Keselamatan Negara (MKN) Perak berkata jumlah mangsa di Perak Tengah adalah sebanyak 1,388 orang, Hilir Perak (183) dan Hulu Perak (34), dengan kesemua mangsa ditempatkan di 10 pusat pemindahan banjir.


Sementara itu di Sabah, keadaan di Pitas semakin pulih dengan 48 mangsa terakhir daripada 15 keluarga dijangka pulang ke rumah selewat-lewatnya tengah hari ini.

Pegawai Daerah Pitas, Bubudan Oti Majalau berkata mangsa yang terdiri daripada penduduk Kampung Tamilidon, Kampung Saab dan Kampung Boribi Darat Kanibongan itu dibenarkan pulang ekoran banjir semakin surut dengan air berada di bawah paras bahaya iaitu 4.6 meter berbanding 5.3 meter sebelumnya.

“Mangsa yang ditempatkan di dua pusat pemindahan di Dewan Kusilad dan Dewan Kampung Sinukab Kanibongan akan dihantar pulang. Bagaimanapun kita masih perlu berjaga-jaga,” katanya.

Sebelum itu seramai 121 mangsa di pusat pemindahan Sekolah Kebangsaan Rukom telah dibenarkan pulang awal pagi tadi.

Dalam perkembangan berkaitan, banjir di kawasan Kudat kembali pulih sepenuhnya, menurut Pegawai Daerahnya Sapdin Ibrahim.

Di JOHOR, keadaan tidak berubah dengan Pusat Kawalan Operasi Bencana Negeri memaklumkan hanya satu keluarga yang terdiri daripada lima orang masih berada di pusat pemindahan Balai Raya Kampung Spang Loi, Mukim Buloh Kasap, Segamat. – BERNAMA

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori