Monday, January 20, 2025

Creating liberating content

Cuci Duit: Suspek Lompat...

KUALA LUMPUR - Selepas 15 hari melarikan diri sebaik dibebaskan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah...

Tuntutan Palsu RM500,000, ADUN...

SURUHANJAYA Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) Terengganu menahan seorang Anggota Dewan Undangan Negeri (ADUN)...

Demonstrasi Tidak Dapat Jatuhkan...

KUALA LUMPUR – Demonstrasi tidak akan menjatuhkan sesebuah kerajaan yang dipilih secara demokrasi,...

15 Pati Thailand Dihantar...

ALOR SETAR - Lima belas pendatang asing tanpa izin Thailand dihantar pulang ke...

Banjir: Timor-Leste, Brunei Beri Sumbangan USD1.5j Kepada M’sia

KUALA LUMPUR – Kerajaan Timor-Leste memberi sumbangan sebanyak USD1,000,000 atau kira-kira RM3,597,500 kepada Malaysia untuk membantu rakyat negara ini yang terjejas akibat bencana banjir baru-baru ini.

Kementerian Luar berkata, sumbangan itu disampaikan oleh Duta Besar Demokratik Republik Timor-Leste ke Malaysia, Jose Antonio Amorim Dias sewaktu melakukan kunjungan hormat ke atas Menteri Luar, Datuk Seri Anifah Aman pada 14 Januari lalu.

“Pada 14 Januari 2015, Menteri Luar turut menerima kunjungan hormat Pesuruhjaya Tinggi Brunei ke Malaysia, Datuk Paduka Alaihuddin Bin Pehin Orang Kaya Digadong Seri Lela Dato Seri Utama Haji Awang Mohd Taha yang menyerahkan sumbangan Kerajaan Brunei kepada Malaysia sebanyak Brunei Dollar 500,000 (RM1,339,859),” kata kenyataan itu hari ini.

Sehubungan itu, kata kenyataan itu, Anifah merakamkan penghargaan bagi pihak kerajaan dan rakyat Malaysia di atas sumbangan yang diberikan oleh kedua-dua negara tersebut.


Jelas kenyataan itu, Anifah telah menyerahkan sumbangan kewangan bagi pihak Kementerian Luar kepada warga Wisma Putra dan ahli keluarga yang terlibat dengan bencana banjir. – mynewshub.cc

https://www.youtube.com/watch?v=FHL35Iovbjo

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori