JIKA sebelum ini Ketua Wira Perkasa Malaysia Irwan Fahmi Ideris muncul dengan kenyataan menyelar pembinaan kuil di Precint 20 Putrajaya, kini ada isu terbaharu dibangkitkan mewakili anak buah beliau.
BACA: Isu Pembinaan Kuil Besar Di Presint 20, Ini Jawapan ‘Putrajaya’
Menerusi kenyataan akhbar yang disiarkan di laman Facebook, Irwan mendakwa Ketua Wira Perkasa Lenggong Saad Abdul Rahman telah dipukul dengan teruk oleh Ketua Pemuda UMNO Lenggong yang juga Pegawai Khas Menteri Belia dan Sukan Khairy Jamaluddin, Iruan Zulkefli semata-mata kerana hal kecil.
Maklumnya, satu laporan polis telah dibuat dan mereka mengharapkan tindakan segera diambil terhadap Iruan.
Berdasarkan komen di Facebook, salah seorang ahli Wira Perkasa, Mubin Salleh menceritakan bahawa kejadian disyaki berpunca daripada rasa cemburu Iruan terhadap gerak kerja Saad dan rakan-rakannya membantu mangsa banjir di Lenggong.
Iruan dikatakan membawa geng seramai 10 orang untuk membelasah Saad.
Kami tak pasti siapa betul siapa salah tapi sedih sungguh rasanya bila melihat Melayu sama Melayu bergaduh sampai begini sekali.. apatah lagi bertitik tolak daripada kerja amal mahu membantu mangsa banjir.
Sepatutnya kalau keikhlasan mahu bantu mangsa banjir tanpa mengharapkan nama dan sebagainya diletakkan sebagai agenda nombor satu dalam perjuangan tak kiralah dari persatuan atau parti mana sekalipun tentu tak jadi macam ini ye dak?
Apa-apa pun diharap ‘mike’ berdua segeralah berdamai jika benar perjuangan bangsa adalah asas perjuangan masing-masing. Malu weh digelakkan dek bangsa lain tu!
– MYNEWSHUB.CC