Tuesday, January 28, 2025

Creating liberating content

UMNO/BN Perlu Pilih Calon...

SUNGAI PETANI - UMNO dan Barisan Nasional (BN) di Kedah perlu berani keluar daripada kepompong selesa dengan meletakkan calon...

Apple Rancang Bina Pusat...

GUIYANG – Syarikat teknologi gergasi Amerika Syarikat Apple Inc. pada Rabu mengumumkan hasrat...

Selaraskan TIC Terengganu Perkasa...

HULU TERENGGANU - Pusat Penerangan Pelancongan Terengganu (TIC) akan diselaras secara bersama oleh semua agensi...

Liow Arah MAHB Bantu...

PUTRAJAYA - Menteri Pengangkutan Datuk Seri Liow Tiong Lai mengarahkan Malaysia Aiports Holdings...

Bapa Bunuh Diri Selepas Kecewa Anak Berbogel Untuk Playboy

ROMANIA – Seorang bapa yang tidak tergamak melihat anak perempuannya yang berusia 18 tahun bergambar bogel dalam majalah Playboy, akhirnya nekad membunuh diri.

Meskipun kejadian tersebut sudah enam tahun berlalu namun ia sentiasa menghantui anak perempuannya itu, Loredana Chivu yang kini sudah berusia 25 tahun.

Ketika mendedahkan perkara itu, Chivu berkata, dia bergambar untuk majalah Playboy edisi Romania dan selepas bapanya melihat gambar berkenaan, dia menjadi amat marah dan mula menjauhi Chivu.

“Dia tidak lagi bercakap dengan saya dan dia amat sedih.

“Apabila dia mengetahui apa yang saya lakukan, dia mula memencilkan diri daripada orang ramai termasuk saya dan anggota keluarga yang lain,’’ katanya.

loredana

Menurut Chivu, dia menjangkakan bapanya itu akan sembuh dan kembali seperti normal namun tidak menyangka lelaki itu akan membunuh diri.


Model berkenaan mempunyai hubungan yang baik dengan bapanya sebelum ini, tidak menyangka dia sendiri akan menemui mayat bapanya tergantung di dalam rumah.

“Saya balik ke rumah beberapa bulan selepas gambar berkenaan dikeluarkan selepas memutuskan mahu berbaik dengan bapa saya tetapi tidak sangka akan berdepan dengan perkara ini.

“Saya tidak pernah pulih daripada kejutan menyaksikan mayatnya tergantung,’’ katanya.

Chivu yang kini menetap di Bucharest, berkata, peristiwa enam tahun itu telah menghantuinya dan berharap ia tidak akan berlaku kepada orang lain.

Jelasnya, keadaannya bertambah parah apabila tidak mengetahui kenapa bapanya itu membunuh diri.

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori