Sunday, July 7, 2024

Creating liberating content

Ringgit Diunjur 4.14-4.16 Minggu...

KUALA LUMPUR - Ringgit dijangka didagangkan dalam jajaran kecil minggu depan, bergerak dalam...

Selamat Selepas Hampir 20...

HULU TERENGGANU - Tiga pekerja sebuah syarikat swasta ditemui selamat selepas terkandas hampir...

‘Saya Antara Orang Paling...

DALAM kegusaran ramai terhadap kemerosotan nilai ringgit Malaysia, lain pula pandangan yang diutarakan...

Masa Depan Sarawak Hanya...

KUALA LUMPUR - "Masa depan Sarawak dan juga Malaysia hanya dapat diberi jaminan...

Bapa Disyaki Bunuh Anak Perempuan Usia 3 Minggu

BERMULA dengan laporan kes hilang, seorang bapa, Matthew Warner, 30, kini berdepan tuduhan membunuh selepas mayat bayi perempuannya yang baru berusia tiga minggu ditemui dalam sebuah trak, Sabtu lalu.

Mengimbas kejadian itu ibu mertuanya Nan Allison memberitahu, isteri Matthew keluar bekerja seperti biasa pada hari kejadian sementara suspek dan bayinya berada dalam bilik mereka.

Matthew Warner bersama isterinya yang masih dirahsiakan identitinya.
Matthew Warner bersama isteri yang dirahsiakan identitinya.

Dia kemudiannya ada terdengar bunyi aneh dan tangisan cucunya yang kedengaran agak lemah, namun senyap tidak lama kemudian.

Biarpun agak pelik, dia tidak mengesyaki apa-apa hinggalah perasan susu badan yang disimpan oleh anaknya dalam peti sejuk tidak terusik dan kedua anak beranak tersebut tiada di rumah.

Percubaan Nan untuk menghubungi anaknya gagal kerana menantunya itu telah memutuskan talian telefon, membuat dia terpaksa ke rumah jiran.

Dia menghubungi polis selepas jiran yang ditemui memberitahu ada melihat suspek meninggalkan kediaman dengan membawa bungkusan.

Penahanan suspek akhirnya membawa kepada penemuan mayat anaknya dalam sebuah trak di sekitar kawasan kediaman mereka di Newhall, Selatan California, kira-kira 12 jam selepas bayi itu dilaporkan hilang.

Mayat bayi perempuan itu ditemui di dalam trak ini selepas bapanya sendiri menunjukkan lokasi tersebut kepada polis.
Mayat bayinya ditemui selepas Matthew menunjukkan sendiri lokasi trak kepada polis.

Usaha pencarian telah dilakukan oleh lebih 50 anggota polis.


Mail Online melaporkan, dua hari sebelum kejadian isteri Matthew telah memuatnaik gambar suspek memeluk bayinya di Facebook.

Gambar ini diambil dua hari sebelum kejadian itu dan dimuatnaik oleh isterinya di akaun Facebook.
Gambar yang dimuatnaik isteri Matthew dua hari sebelum kejadian.

Rumahtangga pasangan itu dikatakan sedang goyah dan suspek yang merupakan bekas banduan pernah bertindak memecahkan tingkap kediaman mereka dalam satu perbalahan sebelum ini.

Siasatan sedang dijalankan bagi menentukan punca kematian bayi tersebut.

-MYNEWSHUB.CC

Video Kes Bapa Bunuh Anak

https://www.youtube.com/watch?v=pM2ntToZbCU

Oleh: ELZA

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori