Monday, November 25, 2024

Creating liberating content

Pesalah Dadah Di Singapura...

SINGAPURA : Pesalah yang memiliki jumlah dadah terkawal tertentu yang besar, seperti kokain...

Malaysia, UK Perbaharui Komitmen...

PUTRAJAYA - Malaysia dan United Kingdom akan memperbaharui komitmen untuk meningkatkan kerjasama dalam...

Jin Wei Sasar Kejayaan...

KUALA LUMPUR - Juara remaja dunia 2015, Goh Jin Wei berharap tahun ini...

Bayi Pendarahan Luar Otak,...

SEORANG bayi lelaki berusia lapan bulan mengalami pendarahan di luar otak di sebelah kiri...

Bapa Tiada Otak Sanggup Tinggal Bayi Dalam Kereta

GERAM dan sakit hati jadinya melihat pemikiran dan tingkah laku seorang bapa yang langsung tidak memikirkan keselamatan dan nyawa anaknya sendiri.

Rasanya bukan sekali dua kes yang melibatkan ibu bapa meninggalkan anak di dalam kereta  yang akhirnya membawa padah kepada diri sendiri.

Langsung tidak mengambil ikhtibar atas kejadian yang sering berlaku selama ini.

Ini kisah yang dikongsi oleh seorang lelaki yang bernama Mohd Hafizan di Facebook tentang insiden yang dilihat di tempat parking kereta .

Menurut Hafizan, dia terkejut tatkala melihat terdapat seorang bayi yang sedang menangis dalam sebuah kereta yang berkunci.

Lagi menyedihkan, pemilik kereta dan bapa bayi tersebut hanya kembali selepas kira-kira lima minit sambil mencarut dan memaki anaknya yang sedang teresak-esak menangis dalam kereta tersebut.

 

10897912_817294915004195_5927962897520694100_n (1)

 


Entah di mana otak bapa bayi ini hingga sanggup membiarkan bayi itu keseorangan kelemasan di dalam kereta itu.

Apa jenis bapa la melayan anak sebegini rupa? Langsung tiada mempamerkan kasih sayang yang sepatutnya.

Bayangkan jika perkara yang tidak diingini berlaku? Pastinya menangis tak berlagu jadinya.

Bak kata pepatah ‘sesal dahulu pendapatan, sesal kemudian tidak berguna’ yer!

Dan diharap pihak berkuasa seperti polis dan Jabatan Kebajikan Masyarakat segera menyiasat lelaki ini memadangkan pemilik akaun sosial di atas telah masukan nombor kereta di atas.

Jangan bila dah jadi sesuatu datang ambil laporan aje-MYNEWSHUB.CC

 VIDEO KISAH IBU CUAI TINGGAL ANAK DALAM KERETA

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori