Monday, October 28, 2024

Creating liberating content

Hari Terakhir Di Sinar,...

LEWAT malam tadi penyanyi Siti Sarah telah dikejarkan ke hospital kerana mengalami tekanan...

2 Lagi Mayat Dikenal...

KUALA LUMPUR - Dua lagi mayat mangsa penerbangan QZ8501, Jie Stephanie Gunawan dan...

Wanita Saman Hilton RM400...

NEW YORK - Seorang wanita dari Chicago mengemukakan saman terhadap Hilton Worldwide (Hilton)...

China Didakwa Lancar Kempen...

SHANGHAI – Ibu negeri wilayah Xinjiang, Urumqi yang didiami oleh etnik minoriti Islam...

Baru Tahu… Kos Urus Jenazah, Pengebumian Cecah RM4 Ribu

TERGAMAM kami melihat butiran harga yang dikenakan pihak pengurusan sebuah masjid bagi urusan pengebumian masyarakat Islam.

Gambar kertas yang memaparkan kos terkini bagi pengurusan jenazah itu, kini tersebar di laman sosial dan menjadi tanda tanya.

Rata-rata tidak menyangka kos bagi pengurusan pengebumian mencecah lebih daripada RM4,000!

10409137_926282300728125_5978601108462379930_n

Masing-masing menyifatkan harga tersebut terlalu tinggi lebih-lebih lagi jika dikenakan pada keluarga yang kurang berkemampuan.

Kami sendiri tidak pasti sama ada kos pengurusan jenazah tersebut sememangnya diselaraskan atau berbeza mengikut masjid.


Tapi kalau disemak semula harga, antara yang mahal adalah upah membaca al-Quran di tanah perkuburan dan di rumah. Sebenarnya, ini bukan kos yang perlu dikeluarkan kerana paling afdal jika anak si mati sahaja yang mengaji untuk disedekahkan kepada arwah bukannya orang lain.

Pun begitu tidak dapat dinafikan, urusan pengebumian bukanlah mudah kerana ia melibatkan soal agama, kemahiran, pengalaman, penat lelah pihak khariah yang terlibat mengendalikan jenazah dan bermacam-macam lagi.

Apa pun, sebagai penyelesaian ada pengguna sosial memberi nasihat agar menyertai khairat kematian yang terdapat di masjid dan surau berhampiran kita bagi memudah dan mengurangkan kos pengurusan jenazah bila kita atau ahli keluarga dijemput Ilahi kelak.

-MYNEWSHUB.CC

Video Tanda-Tanda Kematian Sudah Hampir

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori