Wednesday, January 22, 2025

Creating liberating content

Jika Sekolah Cina Dapat,...

TUNTUT... Angkatan Belia Islam Malaysia (ABIM) gesa kerajaan Pakatan Harapan (PH) untuk turut...

Kereta Myvi Dirakam Pandu...

LAGI kejadian kereta dipandu melawan arus dan kali ini berlaku di Lebuhraya Utara...

Lagi Desakan Menteri Dikenakan...

PONTIAN - Semakin banyak pihak tampil membuat gesaan agar Menteri di Jabatan Perdana...

Airbus Bayar Pampasan Kepada...

RIO DE JANEIRO - Pengeluar pesawat Airbus, diperintahkan membayar sejumlah 30 juta rega...

Batal Lesen Jika Larang Wanita Berhijab

Jakarta – Majlis Ulama Indonesia (MUI) mendesak kerajaan membatalkan lesen pusat beli-belah yang melarang pekerja wanita memakai tudung.

Gesaan itu dibuat selepas beredar khabar mendakwa Tiara Mall membuat peraturan itu kepada kakitangan wanitanya.

Tiara Mall beroperasi di Mataram, Nusa Tenggara Barat.

Setiausaha Agung MUI, Tengku Zulkarnain berkata, jika ada mana-mana wanita yang dikenakan larangan itu perlu membuat laporan kepada pihak berkuasa.

“Mereka boleh menuntut supaya lesen perniagaan syarikat terbabit ditarik,” katanya.


Tengku Zulkarnain berkata, larangan bertudung untuk Muslimah adalah kesalahan jenayah kerana melanggar perlembagaan negara.

Katanya, perlembagaan menjamin hak seseorang rakyat beramal dengan agama kepercayaannya dengan bebas.

“Larangan begitu tidak boleh dibuat dengan sewenang-wenangnya.

“Kita berada di Indonesia. Justeru jangan menggunakan peraturan negara lain,” katanya. – Agensi

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori